Orkid Says:
Wednesday, December 30, 2009
Mari BerZumba!!
Friday, December 25, 2009
2:37am
To figure out whether all of these worth it..
Sometimes i just cry...
Over trust that had been destroyed..
Sometimes i just cry..
To face the reality...
Sometimes i just cry...
Knowing that u r the last to know...
Sometimes i just cry..
Coz trying too hard...
Sometimes i just cry..
Coz it is unfair..really unfair...
P/S: Crying. Again.
Wednesday, December 23, 2009
Minggu Air Mata
See..bila saya dkt with my b. Frequency update blog pun jadi berkurang. Berkepit je kejenye
Hari isnin selamat sampai di UTP
Besoknya selamat berpiknik bersama perempuan kesayangan (direct translation from beloved gurls. hehe)
sgt best mkn byk. laksa and puding dari saf. kek coklat and sambal grg dr saya.
Tuesday, December 22, 2009
Coretan Ringkas
2 hari ini merupakan blessing utk saya.
Sujud syukur padaMu ya Allah...atas segala cinta..
Aku hanya mampu memohon pertolonganNya.
Im not perfect
Im fragile girl..who just want to learn about life.
Yang byk sgt buat silap
But..i will do my best. For you and for me.
:)
Monday, December 21, 2009
I'm LOST
I'm lost
I'm sad
I'm out of mind
Ya ALLAH..pls guide me.
This is a really a test for me...
Sunday, December 20, 2009
Cinta Pertama Saya!
Kenal tak sape ni? I bet ramai tak kenal.. Dialah David Boreanaz. Kalau ingat, siapa2 yang lahir tahun 1988, time kita awl sekolah menengah maybe dlm Form 1 - Form 3, drama series Angel and Buffy the vampire slayer sangat terkenal.
Saturday, December 19, 2009
Tag Muvie!
1. copy the year-end-tag pic above (click on the image, then baru copy)
2. write the best 3 movies you have watched in 2009.
I like this muvi!! dr awal smpai akhir ketawa je. N sgt sweet. Even ade ckit 18sx (eh..mungkin banyak :P) tapi kite kan dah bsr hak3 :P All in all, crite die sgt sweet, n not forget to mention i love romantic comedy so much! hehe.
Terminator Salvation
OK. This is the best muvi of the year!!! I've watched it twice. Ramai gak mengkritik diz muvi tp i love the humanity part. Sangat2. N buat saya terfikir apa akan jadi if the world ends. What is our role? Yes.. mmgla bkn mcm dlm Quran dan menyimpang tapi diz is just a muvi aite? Pemikiran manusia, takleh melangkaui rahsia Dia. Kesan bunyi, plot cerita, fakta2 sains. I love reading about hari kiamat sama ada dlm Islam or "scientifically". Ini adalah salah satu teori manusia and I can relate everything i bc dgn diz muvi. Pencarian manusia tak terhenti. Sentiasa mencari. Again, i love the humanity part and we shud take lessons from dat
THE WORST MOVIEs!
Surrogates
Ni pon x best sgt. Tp i love the humanity part. Cerita ni byk membuatkan saya berfikir beyond the muvi.hehe
Eden Lake
Ni the worst ever la...satu mlm sakit ati dgn crite dia, dgn ending die. hehe.
P/S: Sebenarnya nak letak most of Malay stories dlm worst movies. Tapi x baik la plak. hahaha. Mmg cerita Melayu belum sampai tahap OK pun lagi diz yr. Ehem. N..everytime tgk muvi, try not to put expectations, sbb akan jd x best. Try look outside the muvi. The value. Tp if da wat cm2, crite da x besh nak wat cmne kan? :P
My kind of Style
Now..i'm addicted to this. hahaha!
My style by orkid88 featuring Fendi shoes
Diane von furstenberg dresses, 487 GBP
3.1 Phillip Lim Ribbon-tie cocoon cardigan, $375
Acid Side Jamie Jeans, $80
Mike & Chris Wesley leather biker jacket, $805
Marni Ruched suede pochette, $525
Friday, December 18, 2009
Isnin cepatlah kau datang~
Y.E.S
Y.E.S
Y.E.S
Boleh tak kat umah, pagi petang siang malam
Saya asyik sebut je Y.E.S
serius. dalam kereta, masa makan, bila2 lah.
hahaha.
Year End Sales.
Dengan harapan mama ayah mengetahui isi hati anak perempuannya dan sudi memberi sedikit duit. haha
Namun harapan tinggal harapan.
Mama ayah wat tak dengar je. :(
Mama kata..nak apa lagi? Syuhada dah belikan 4 baju dari Aussie.
Aritu belanja beli tudung Ariani
Beli 2 helai baju.
Juga ada baju kurung and dress baru lagi.
Mahu apa lagi???
hahahaha.
Y.E.S.
Saya MEMERLUKAN (perlu ye bukan mahu)
- New bag
- Belt
- Rantai labuh
- New shawl and pasmina
- Baju
- N flats
Serius. Saya amat perlu items di atas. N FYI saye xdelah beli brg mahal2 or branded. X sanggup beli barang2 mahal. hahaa. Or dalam erti kata lain, tak berduit :P
oh..dan juga lipbalm n lipstick.
**Bestkan ada sugar daddy? hahahaha.
Namun yang demikian (ayat karangan BM), saya tak pernah la nak meminta2 from my B. Yes. Saya suka shopping (sape yang tak suke kan?) tapi it tastes better if we can buy with our own money aite? :) :)
Walau papa, biar kedana --> munshi. hahaha.
P/S: Apapun, saya bersyukur dgn nikmat Allah. Alhamdulillah. Bersyukur sangat ya Allah :)
Jujur
Duhai kekasih pujaan hatiku
dapatkah kau memberiku satu arti
sedikit rasa yang bisa ku mengerti
bukan sumpah atau janji
buktikanlah bila kau ada cinta
setulus hatimu bisa menerima
sebatas kejujuran yang kau miliki
bukan sekedar bersama
jujurlah padaku bila kau tak lagi setia
tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku, lupakanlah aku selamanya
Thursday, December 17, 2009
Who Am I?
Siapa saya?
Saya rahmah.
No, rahmah is just my name. I can change my name.
So who am i?
Im a student.
Nope. That's my job/status. I can change it.
So who am i?
haaaa..pikir ye....
Ok2. sebenarnye tertarik nak bebel pasal neh. Pasal namer.
Tertarik dgn post Cik Suraya. Pasal nama. Sile klik link neh
http://damagebutstillokay.blogspot.com/2009/12/i-am-suraya.html
Pernah terfikir tak?
Korang pernah terfikir tak?
Segala yang kita plan.
Kita plan nak grad by Ogos.
Kite plan nak kawen by umur 25.
Kite plan nak keje situ cni.
Kite plan nak siapkan FYP.
Kite plan nak g sumwhere ptg nih.
Tiba2.... kita ditarik nyawa.
Tanpa sempat buat apa2.
Ketika sampai saat dan ketika kita mati.
Tak sempat lagi nak bertaubat.
Atau membetulkan apa yang kita dah buat salah.
Tak sempat nak achieve all our dreams.
Dan kehidupan kita hanya seorang..dalam kubur.
Apa nasib kita kat sane?
Sanggupkah anda meninggalkan dunia?
Atau lebih tepat lagi....
Bersediakah anda untuk MATI??
Tuesday, December 15, 2009
Wanita Sejati
1. Wanita yang tabah menerima kehilangan
2. Wanita yang tidak takut akan kemiskinan
3. Wanita yang tabah menahan kerinduan apabila ditinggalkan
4. Wanita yang tidak meminta-minta agar semua kehendak dipenuhi..
*Saya belum lagi jadi wanita sejati. hahah. No 3 tuh mmg fail. Adess*
Wanita~
Wanita yang sempurna perlu ada sifat-sifat ini pada setiap saat, masa dan ketika .. dialah
1. isteri
2. sahabat
3. kekasih
4. jururawat/ doktor
5. tukang masak
6. penghibur
7. persis ibu
I'll be a good wife and mother, one day :)
Monday, December 7, 2009
Cuti yang Bermakna
Semua rencana Allah
Melihat sepupu rapat yang baru 19tahun terbujur kaku.
Seperti baru semalam bergurau dengan arwah.
Juga..dapat berkongsi kebahagiaan ESQ.
Alhamdulillah..Kau berikan ku peluang lagi ya Allah.
Bersyukur menerima hidayah.
Bersyukur bertemu alumni yang hebat.
Bersyukur masih hidup di muka bumi.
Wednesday, December 2, 2009
Aktiviti di Masa Cuti
Hahaha.
Maka bermain PS 2 bersama Aiman. Bising OK
Bukan bising ape..Sebab tak reti maen.
Selain tuh...masak ckit2. Kalau kat rumah memang suke wat desert coz ayah suke sgt makan.
OK. Ni trifle suka hati saya.
Trifle nih dibuat berlapis2. Memang sangat sedap ok especially baru kua fridge.
Sorila gambar tak terang. Camera phone je :P
Inilah sepupu kesayangan saye!!! If u guys jumpe die for sure geram. Sebab dia sangat gile comel.
Dgn perangai nakal die.
OMG!!! I miss her already. Serious.
Tuesday, December 1, 2009
Kena start draft Azam!
OMG! Serius! Memang sangat cepat masa berlalu.
Bile pikir2 balik...baru teringat last time xde azam kot. haha.
*Datz y tahun ni macam terumbang-ambing*
hehe.
Apa pencapaian sepanjang 2009.
Hurm2... mungkin kena simpan dalam hati je la. haha.
Anyway, just quick updates my B and I will start a new biz.
OrkidBeeShop yang sangat lama terbengkalai akan resume back, InsyaAllah.
Tapi kami akan expand lagi :)
Dalam business, paling penting, JUJUR, JUJUR, JUJUR!
Dan..tiada jalan mudah untuk kaya taw!
I believe in efforts and KARMA :)
Siapa2 yang berminat boleh la PM kay!
Sunday, November 29, 2009
Rahmah = Tak boleh duduk diam
Feel reli weird. After like more than 1 year yang hectic, tibe2 taw yang ade cuti 2 weeks. or maybe longer.
Saya tak leh dok diam. Seriusly
Thank God the whole next week akan participate dgn ESQ Training - Public and Kids.
Wuwuwu sgt seronok! Diz time i'll be alone. Venue kat New York Hotel JB.
So hari yang kosong nih, macam2 dalam pikiran...apelah aku nak wat kan? haha.
Pagi tadi dah masak sikit. Sambal tumis udang.
Tengah hari tadi wat trifle. Sangat best ok! Sejuk and penuh buah! hehe
Brazam nak update blog dgn kandungan yang lebih bermanfaat. Ok. tu kira my plan gak ah.
Coz saya sendiri dah bosan + muak dgn blog sendiri. haha.
Tadi berazam untuk buat moist choc cake. Semua barang da ada. Tapi demotivated secara tibe2. Kenapa? Malas. haha. Membuat kek haruslah dgn hati yang bersih lagi terbuka.
OK. Balik sekarang :P
Petang ni makni tersayang bersama anak2 dia datang ke rumah. Anak dia memang sebijik muka saya mase kecik taw. Seyes! Boleh tgk album n compare. N she got chemistry with me. Semalam masa balik dari kg, Nabihah meraung2 dan mengamuk2 nak ikot. Adoi.
She is toooo cute tapi sangat nakal! Al maklum, adik beradik semua laki, die je pompuan.
So apa tujuan tulis post nih? haha
Ini untuk mengarang wishlist time cuti:
1. Mahu berjoging bersama ayah terchenta tiap2 pagi. (Ini mission impossible) haha
2. Memasak utk keluarga tersayang
3. Try few recipes baru. Ingat nak buat scone ala2 english. Owh sgt sdap
4. Mengupgrade blog
5. Bershopping secara berhemah
6. Menjalani kehidupan yg sihat
7. G jumpa doctor. Saya mungkin ada sejenis penyakit. Tlg doakan yerp
Heels. Iaitu kegilaan saya yang gila. Mungkin akan dilupakan.
My family now, one by one disahkan sakit lutut. Dan sume tu disebabkan faktor keturunan.
Knowing me, all my relatives adviced me to not wearing heels anymore.
Huhu. Baek!
Tapi..saye masih suke heels. So 1 alternative, kenalah lose some weight. Tapi dat is quite impossible 4 me la plak kan. haha.
OKla. gtg. perasaan hepi selepas bergayut dgn syuhada. hoho.
Thursday, November 26, 2009
Current Mood: Takpe ah
Saye sangat kecewa + sakit hati + with my one "very best fren"
takpe ah.
Maybe saye dulu pun pernah buat mcm tu kat friends of mine.
P/S: Mungkin jarak dan waktu memisahkan kita. Tapi tak salah hanya secebis kata. Buat penawar duka. Aku hanya mampu melihatmu dari jauh bersama teman baru.
Dah2. Xpyh emo2...
Baekkkkk...
Anyway, semalam ada drama di hadapan KTMB. haha. Menangis laju. Bersama air hingus juge. Malu dgn akak sebelah yang over peramah. HAHA.
Ok. Dah sangat rindu dia ok. Tata
Tuesday, November 24, 2009
Mission Impossible Not Accomplish..Yet
Betul la orang kate..nak wat mende baek memang ade je halangan
Misi mustahil, Aku, Peah, Tirah and Farah nampaknya tak berjaya.
Halangan 1.
Aku ngan Tirah ter'overslept'
Halangan 2
Target hilang
Halangan 3
Farah sudah pulang
Hurm..nampak gayanya terpaksa lah bertahan.
Mungkin boleh disambung ke masa akan datang
Atau mungkin misi tu takkan berjaya.
Dan semua akan berulang kembali.
Adui. Dah penatla :(
Monday, November 23, 2009
Call me Gedix!
Nak taw ape minggu paling best dalam banyak2 masa kat UTP?
haha. For me, the best time in UTP is mase study week or exam week.
Baik. Mari kita same2 BOOOOO kat dia
hahaa.
SERIUS.
I like study week. I think Sur pun skang mesti suke kan? hahaha.
Inilah masanye utk berkepit 24 jam dgn B. (eh eh ko bukan dah berkepit 24 jam dgn die ke?)
serius, diz is the true happiness.
bgn pagi, ok. nak wat sarapan ape eh utk b?
ptg. sesi rancangan pecah dapur dgn Peah.
serve my B. 24-7.
Dan apekah masa paling tak best?
Masa cuti sem
Baik. Boooo lagi kat aku. hahaha
Kekanda di medan timur, adinda di pentas selatan --> sile nyanyi dgn nada Pertiwi
Kami jauh dipisah benua Eropah dan Afrika. Erk. Motip?
Jadi, anda harus pahamlah kenapa blog ini berkulat. Saya busy dgn hal rumah tangga. hehe.
Honestly, dari foundie 2nd sem, kami dah stadi secara berjemaah. Foundie 1st sem? saye tak stadi. haha. Jadi, belajar without him is impossible. Same goes to him gak.
Nanti if ada surat kabar nak interview tny rahsia kecemerlangan (eceh. berangan) for sure saya akan ckp, "Rahsianya mudah shj, stadi bersama pakwe"
Hahaha. Kuar paper muka dpn trus kene banned sbg perosak bangsa.
Ok. Dah. Mengarut. Paper last ADS hari rabu. Baru tadi abes CE. Tapi hari neh berpakat tak mahu stadi sbb cuaca sejuk. haha.
Oh my....excited nak balik JB..tp...ditinggalkan B juga satu derita ok.
Satu hari pun dah nak nanges2 if tak jumpe die. Jap je pon da msg2 say miss u sume.
Ok, Fine. Call me gedix now.
P/S: Thanks dear coz jadi a very gud listener mlm td. Rase sgt relief bile dapat diskas hal taboo dgn dia. Sooo sexy ok. :P
Saturday, November 21, 2009
Friday, November 20, 2009
Blair? Nahhhh....
Quick Quote
Hidup ini roda
Paling penting, kuatkan iman dan sentiasa muhasabah diri. Lihat ke dalam diri.
Kita tidak terlepas dari kesalahan. Mungkin hari ni kau tertawa melihat salah orang
Besok-besok? Kau pulak kan?
Maaf untuk segala khilaf.
Tak kekang dari dosa
Tuesday, November 17, 2009
Heavenly Being Loved~
Sunday, November 15, 2009
Sabar2~
Sungguh2..
Tu la..dah usaha samer2. belajar semua..
Ye la..coursework mark pon sangat hampeh..so ingat nak cover balik la mase final..
Datz y mase neh kami berusaha betul2...
Dah wat segala precaution dah coz people yang pernah amek pon kate susah.
Tapi kuasa Allah tu lagi besar.
Ada hikmah tu
Sekarang harap pass je.
Tak pernah jawab soalan yang memang total blur. :(
Friday, November 13, 2009
Mari belajar BCL!
Kami telah membuat formula untuk menyenangkan kami memahamkan case.
Mari dengar
Perhatian!
Ini apply masa zaman bercinta mak bapak kita ye. Tiada emel jauh sekali sms.
Bido ada hati dekat Peah.
Satu hari Bido ingin menyatakan hasratnya kepada Peah.
Suratnya berbunyi
“Peah adindaku, kanda mahu meminangmu..Sudikah adinda? Jika sudi kanda ingin menghantar rombongan”
Maka bido pun berpusu-pusu lah ke post opis. Dan menghantar surat itu.
Peah terima. Dengan penuh gembiranya dia menghantar letter of acceptance kepada Bido
“Adinda terima”
Di saat peah meletakkan surat ke dalam mail box (latar bunyi “kelepuk”) , satu section applies
Iaitu
s.4(2) (a) communication of acceptance is complete as against the proposer when it is put in a course of transmission to him so as to be out of the power of the acceptor
Maka, mengikut law, Bido dah bound kepada Peah.
Tetapi bagi pihak bido, this section applies
S.4(2)(b) communication of an acceptance is complete as against the acceptor when it comes to the knowledge of the proposer
Jadi di saat Bido membuka surat itu, Peah dah bound kepada bido.
This Rule also known as Postal Rule (i.e acceptance by letter)
Held: Acceptance is complete upon posting
Jadi, if Peah dah hantar surat, Bido tak terima, dan dia pegi pinang gadis lain pulak..pastu baru terima surat peah, maka peah bolehlah sue bido.
Sebab tu dlm law, dia emphasis kena reply dlm reasonable time manner or lagi safe state masa untuk reply
Ikut seksyen
S.6(b) - Acceptance must be made within a reasonable time
Situasi lain
Masih di situasi bido dan peah
Peah tiba2 tak jadi dgn keputusannya. Tapi dia dah pos
So how???
S.5(1) proposal may be revoked at any time before the communication of its acceptance is complete as against the proposer but not afterwards
Menurut law di atas Peah kena cancel acceptance dia before surat tu reach dia.
Maka, peah kena lah guna pos laju utk hantar revocation letter atau lari kat bido dan rampas surat tu before dia baca. Hehe. Drama melayu tol :P
Tapi macam mana pulak if Bido berubah hati?
S.5(2) acceptance may be revoked at any time before the communication of the acceptance is complete as against the acceptor, but not afterwards.
Heeheee. Selamat berjuang semua.
Doakan kami. Adehhh BCL akan menarik CGPA ku~~ mungkin cipta sejarah la sem neh.
Takpe, usaha dulu ye :)
P/S: OK. Aku mmg xde mood stadi tanpa B di sisi :(
BCL dan Saya
Memang hopeless T.T
Mungkin juga coursework mark tak sampai half.
Dan besar kemungkinan juga exam nanti pon xsampai half
Gila ke untuk satu chapter ade sampai 15 m/s hanya utk case sahaja?
Ada banyak section. Contoh:
Section2
sampai berpuluh2 section
Dalam satu section ada subsection
Section 2 (1)
juga sampai berpuluh2
Dalam subsection juga ade sub sub section
Section 2(1)a
Section 2(1)b
Section 2(1)c
sampai banyak laaa
dan setiap tu kene hafal case.
Nama, law yang terlibat, dan keputusan dia.
Apply dgn situasi
Maka dgn itu, saya, peah, ojan dan bido dgn jayanya membuat study group
Serious cramp otak. haha. balik2 mmg terus tido la..
Tu baru nak memahamkan..menghafal?
Adehhhh lom lagi T.T
kawan2~ doakan yer~
Wednesday, November 11, 2009
Tegur Sebab Sayang :)
Ye la..siapa tak buat salah kan?
Memang fikir dari logik akal memang acceptable, tapi yang salah tetaplah salah.
Contoh: Menipu tetap menipu even sunat ke white lie ke. (of coz ade some circumstances)
Memanglah susah sangat untuk kita terima teguran. Yela..orang cakap pasal keburukan kita kan?
Kalau pujian kita suka plak. hehe.
Tapi to think positively, kenapa dia tegur. YES. Sebab dia sayang kita. Tak sanggup nak dengar orang cerita keburukan kita.
Kita selalu tak perasan perbuatan kita sebenarnya salah. So kudos to my friend yang ada courage untuk menegur kesalahan. Tapi of coz, tegur pun kena ada hikmah kan?
Apa yang perlu dilakukan selepas ditegur?
Lihat dalam diri. Tak payah la nak compare si penegur dgn kita or org lain. Yang penting niat dia baik. Nak betulkan kita.
Yes. Dulu saya mesti akan naik angin if ada orang tegur.
"Kau tu bagus sangat ke?"
Takpun pikir lah macam2..
Padahal niat dia baik. Dia seribu kali lebih baik dari orang yang bercakap belakang tapi have no effort or courage to tell the person.
Haih. Ni semua berlaku kat SAYA, SAYA dan SAYA.
Banyak sangat khilaf. Tapi sekarang try sikit2. Sikit2. huhu
Sebagai ingatan untuk diri sendiri juga. Jika melihat sesuatu yang buruk
1. Cegah guna tangan (Bertindak)
2. Cegah guna mulut (Menegur)
3. Cegah guna hati (Selemah2nya)
Tapi kita, termasuk SAYA, SAYA dan SAYA tersilap persepsi dan guna method 2 iaitu MENGUMPAT. haha. Padahal itu untuk menegur :)
P/S: Pandai bercakap je. Dosa saya hanya Allah tahu T.T
Pinggan dan tangan
Basuh pinggan and PRANGGGG
Sebijik pinggan terlepas sebab licin sangat..
Selamat~~
Terkejut aku. Adoi...jarang betul aku pecahkan barang dapur nehhh
My concern was...nak bersihkan the mess.
Takut sangat if ada orang terpijak nanti.
Tiba2 mira (roomate Sangari) keluar and offer tangan dia. (Pelik tol bunyi. Ini direct translation ye)
Ntah. Rasa terharu sangat masa tuh. Ada gak yang sudi tolong. Memang totally unexpected.
Ada hikmah taw. Hikmah yang besar. Serius. Saya berfikir.
Kalau saya orang biasa, terdengar macam tuh..liat nak bangun and offer help (Dah salah dia..y bother? Kan?)
Tapi mungkin Allah menggerakkan Mira utk datang tolong untuk saya berfikir sedalam-dalamnya..
Adakah saya akan jadi seorang manusia yang ringan membantu? Especially untuk kawan? Tanpa disuruh? Adakah saya hanya seorang kawan jadi pendamping ketika bercerita dan berseronok sahaja? Adakah saya boleh dijadikan sandaran ketika orang lain berduka?
Mungkin ada orang lihat perkara ini sangat kecil. Tapi saya memandang sedalam2nya.
Yes. EEvery little thing u do convey what u will do..your attitude.
Jika saya memandang perkara ini remeh..dan membiarkan sahaja..apatah lagi hal yang besar kan?
Jadi saya berazam untuk menjadi seorang kawan yang baik. Menolong tanpa dibalas. Sebab Allah Maha Tahu.
Sedikit sharing..ketika di masjid..ternampak artikel "Jadilah orang yang disenangi"
Mungkin kita berdamping dengan insan yang kurang kita senangi tapi cubalah untuk jadi yang disenangi (Adui! Sangat susah tu!!)
:)
Thanks Mira for ur help. Its not the help dat appreciate much, but the story behinds it.. :)
Sunday, November 8, 2009
Wish yang sangat bermakna
Apa pun tak. Maybe i just need some booster.
Tiba2~~~~ ada message sampai
"Salam & gd day. All the best with your final exam.My prayers for yr success. With hard work & determination, nothing is impossible - bro F**z**"
Melayang~~
Marilah melayang~~
hahaha. baek2! hari tuh sudah terkantoi dgn dia ok. for sure he knows dat i admire him.
haahha.
Ape2la~~
OMG!! Excited ok. hahaha.
P/S: Rahmah! Sile bersabar! :P
Asmaul Husna
Kami bersaksi tiada Tuhan selainMu
Kami beriman kepada malaikatMu, rasul2Mu,
hari akhiratMu dan qadak qadarMu
Berikanlah nur kepada hati kami,
Sesungguhnya Kau memberi kami petunjuk,
Tanpa petunjukMu kami sesat
Ya Allah Ya Rahman
Kami sedar kami terlalu hina
Kami terlalu banyak dosa
Kami bersyukur kami mengenalMu Ya Allah
Kami bersyukur dilimpah di bawah Asmaul HusnaMu
Ya Allah
Apabila kami mati, jadikanlah kami mati dalam syahadahMu Ya Allah
Friday, November 6, 2009
Bahagia~
Mingle with almost 400 childrens!! woahhhh~~~sgt2 best.
Diz is the best holiday and escape b4 exam :)
OMG2!!
I determined to be a better person. I dun care what ppl said. But i will not gv up.
At least i noe my mistakes and admit it. Yes. Saya mmg byk dosa T.T
Bahagia2~ Worth it.
P/S: Dlm ESQ training kids byk sgt ulang2 jgn tipu, jgn tiru. comel sgt!!
Tuesday, November 3, 2009
Rindu Kebahagiaan ESQ
Malas
So saya isytiharkan.
Season malas update blog saya~
Tata
C u when i c u. :P
Thursday, October 29, 2009
Cengeng
Hahaha.
Takot nanti dah keje jauh dgn my b. Pstuh nangis2 sedih.
Boleh x?
Cengeng tol. Suka sangat wat cerita sedih sendiri pastu nangis secara tibe2. Aiyo.
Pastu, b terpaksa lah pujuk. Padahal takde ribut xde ape, tiba2 cam2.
Ini bukan gejala PMS. Ini gejala ngada2. Kot. WTF. :P
Tuesday, October 27, 2009
Auwwww
when I make my b laugh. laugh. laugh.
Yes. Im a *joker* for him.
:)
Heels? Hell ya!!
Prada...monoo..jimmy choo...nine west.. oh2. charles keith at least :P
"If you think high heels are at the height of elegance, you might want to know what long term affects you'll suffer. Inflamed nerves and ligaments, shortened Achilles tendon and calf muscles, hammertoes, bunions, corns, ingrown toenails, and don't even get me started on posture.
Lifting your heels up to unnatural heights totally throws your balance out the door, and you compensate by adjusting your back, hips, and shoulders. In the long run, bad posture will cause terrible lower back pain, leg pains, and headaches.
What's worse? Wearing high heels may also be linked to knee osteoarthritis, a painful, degenerative joint disease characterized by the breakdown of the cartilage surrounding the knee, because when women wear heels, it puts repetitive pressure and stress on the knee joint. The thing is, it takes a while to feel the effects of knee osteoarthritis, but once you do, it's too late to undo the damage you've already done".
Monday, October 26, 2009
Ke Kursus Pra Perkahwinan
Jadi jika kami bukan ditakdirkan bersama pun, kami redha. InsyaAllah..
bakal suamiku. ameen
bakal2 suami yg excited abes test. haha. mereka dpt 58, kami dapat 59. Total soalan 60. Okla kan? :P
I just love diz pic. sgt budak2 ok. ni ade hati nak kawen neh!! :P karya sur memang meletops. hahafor more stories go to http://damagebutstillokay.blogspot.com/2009/10/one-step-closer.html
or http://wanmohdfauzan.blogspot.com/
P/S: Semua mendoakan kami kawen cpt. Kami just tersenyum dan mengaminkan. haha. Perancangan kita memangla sgt jauh lagi. Tapi perancangan Allah yang terbaik kan?
Sentimental mode~
Di waktu aku merindukanmu
Kau bisa menjaga aku
Hingga diriku merasa teduh
Aku seperti kamu
Menginginkan dan memerlukanmu
Karena kita tak mampu
Selalu pergi menjauh
Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan kau pun tlah aku minta
Setia sepertiku
Aku percaya penuh
Kau kan buatku bahagia
Karna cinta tercipta
Datangnya dari dalam hatiku...
Kadang2
Kita do the best to sum1...tapi dia bersangka buruk kat kita...
Too care with sum1...until dia pun forget.
Haih.
Rahmah..sebaik2 sandaran ialah Allah :)
Sunday, October 25, 2009
Hotty Curvy
However, terbaca kat blog Jared. he's quoted from his fren blog which i found it truly inspiring! Thanks papa!
Top 10 Reasons Why You Should Date A Chubby Chick;
1. We have curves, and damnit, curves are sexy. We for the most part have really nice boobs/asses, and we all know how you boys like those.
2. We like to eat. Not saying we aren’t health conscious, but we do love to eat. Hell yes we will go get tacos with you at 1AM. Most of us really love to cook, and can cook really well because of our love of food. We love to try eating new things, we love trying to cook new things. This means more great food for you, boys! Cos the way to a man’s heart is thru his stomach! (Maybe this is 1 of the reason Ojan attached to me. hehe)
3. Because we have not had to rely on our quintessential “Barbie looks” we are generally much more caring individualistic people. We also have had to strive much harder in life and are intelligent and hard working.
4. This also means that we are less likely to be stuck-up and we don’t judge people nearly as much based solely on their looks. We love nice things just like any girl, but we don’t have to parade around with a Prada bag and vanilla latte.
5. We are more self conscious. This of course can be a bad thing, but this can also be used to the male advantage. Because of this, we are more likely to be cleaner, better smelling individuals. We take more time to do these things, and we also know how to better accesorize, apply makeup better and look damn good.
6. We appreciate you more, because we know how awesome you are for being one of those guys who doesn’t care that his girlfriend is a size two. We recognize how wicked cool you are for loving us for us and not our body type. (Dats y i appreciate my B coz accepting me for myself. Not my body or assets :P)
7. We do better at child bearing. Yeah I know, you aren’t really thinking about that now, but with our kick ass wider hips we carry them babies like a boss. (I'd like to have one!)
8. We are perfectly fine staying home some nights and having movie marathons/ ice cream eating pigouts. The perfect companion for a guy’s night in. Except that you’re a girl. But that’s fine.
9. Have you seen our cleavage? It’s epic.
10. Because we are beautiful, inspiring individuals damnit.
Yeah..u can say that im curvy or fat or wutsoever dat I like that post. But it is truly TRUE based on my experience and others OK.
Sometimes i hang out with guys, they just said that its really sexy to see gurls eating without keep babblin abt her figures. Serious! And they cant stand with skinny chicks who always feel insecure abt themselves..
Me? I dun mind whether ur skinny, ur bootilicious, ur voluptios or wutsoever la. As long as u love ur body :) Coz u r beautiful.
My secret: Always look at my friends and say "Wow..she is beautiful". Serius tak tipu. Hahaha. But im not lesbian ok! :p So to my frens yang rasa die makin gemuk, seriusly u makin sexy. Tapi kena berhati2 la..datz mean u attract more eyes :)
Apapun, try ur hardest to wear a minimal, decent dress. save the best for ur hubby. Not even showing them to ur future hubby taw(nasihat diri sendiri tsk.)
Friday, October 23, 2009
Takdir Cinta~
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
kuyakin ada cinta ketulusan hati
yang mengalir lembut
pengusa alam
tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh
pada sumur dosa yang terkutuk
dan menyesatkan cintaku
andaikan ku bisa
lebih adil pada cinta Kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada Kau dan dia bukan ku yang mau
oh tuhan tuntunlah hatiku
P/S: Semoga hanya ada Dia di dalam hatiku
Thursday, October 22, 2009
2 minggu yang tak stabil
Kejap happy sangat2. kejap sedih sangat2.
Semua mende pun terasa. Status orang yang tak dikenali pon leh terasa.
Nasib tak kepala angin. Agaknya boleh jadi gaduh :P
Memang kali ni teruk sangat.
Hari ni lah klimaks. Terbaring dengan kaki kejang seluruhnya.
Perut memulas2.
Guys..cuba bayangkan dalam perut (actually bukan perut, uterus :P) ada sepasang tangan sedang memerah dan menarik semua isi2 perut2. Dengan rasa ngilu, kejang, memulas, nak buang air, senak, semua in one.
Nak menjerit. Menangis. Tapi bersabar. Balasan dosa yang menimbun nih. Takpe2.
Lagi bahagia...tak boleh amek sebarang ubat sebab alergik.
Wahhhh memang mantap lah kau.
Huk3.
Maka..jari ni terus tekan keypad phone.
"Intan ada ubat tak untuk period pain. Aku sakit"
(Aku mmg nak tanya ubat je. Macam herba2 ke. Sebab knowing her, banyak je ubat2. hehe)
SENT
to Intan.
Intan pun risau2 datang la bilik aku yang level 4 nih. Wah. Penat2 mendaki. Memang sayang gila lah kawan yang seorang nih. Ye la. Kawan masa susah bukan senang dicari. Sometimes sebelah bilik pun buat2 dek je kan?
Eh eh. Jangan ada sapa2 housemate terasa. I know u girls pun tak taw. Ye la. Dok 24 jam dalam bilik. Kalau saya menjerit mintak tolong pon. Memang taktaw nak watpe. Jadi serahkan pada yang pakar.
Satu badan lah diurut. Sakit memang la. Tapi lega sangat2. Better sangat. Cuma period pain yang normal je tinggal.
Sekarang pun letak semua mende atas katil. Tak larat nak duduk pun. Tapi kerja kena hantar.
INTAN!! Thanks sangat2. Dari foundation u helped me a lot. Aku doakan kau sentiasa di bawah rahmatNya. Sememangnya ketika sakit, cuma soalan bertanya khabar dah cukup menenangkan.
Kita tak rasa orang lain rasa. Mungkin satu hari kita pun kena.
Roomate terchenta pun. Cuma mampu memandang. haha. ye la. cannot do much. ubat takleh amek.
Next..kepada my B. Dia lah insan yang paling dapat rasa. Haha. Ada je isu yang arise. Padahal isu bodoh je. Ye lah. PMS katakan. haha. serius. teruk sangat.
Seronok dapat insan yang memahami dan tak bosan melayan. Walau macam mana pun, marah jauh sekali.. Sebab he did the best for me, im doing the same thing to him and try better.
Rutin memang memasak bersama2 peah. Rabu ialah hari dapur sedunia. Barang dapur saya memang dah tak ada langsung.
Janji memang nak pergi. Panjang sangat list to buy.
Last2....dia je pergi beli. Alhamdulillah. Beli sorang2 barang dapur. Oh how sweet. Semua pass KECUALI
saya suruh beli halia
tup tup
KUNYIT.
Tanya balik..
"Eh adalah halia..cuba tengok kat plastik"
" Tu kunyit la sayang~"
"OMG! Silap. Malu i"
Comel kan? Takpe2.
Sebelum "point out" atau "memberitahu" (sila rujuk blog matpi untuk perbezaan) kesilapan dia, saya memuji2 dia la~ hehe.
Hey...teruk betul kali nih. Dengan beli segala jenis coklat dan "jajan" semalam. Memang teruk la. Macam tengah pregnant plak.
ni la...beli dgn byknya dan makan dgn lahapnya. haha
So to guys out there..girls tak la se-complicated mana if u noe her. Its natural. Its woman. Sometimes kami pun tak tahu kenapa kami ni complicated. Mybe dah tertulis wanita = complicated kot. hahaha. so lelaki tak yah la jadi ego sangat. Accept kesalahan and be gentle. cewah~ macam B saya~ so he get the best from me :P
P/S: Aku wanita aku kaum hawa..yang memang rapuh hatinya~ hehe.
Wednesday, October 21, 2009
Jodoh dan gerak hati
Dah lama sangat nak post entry nih. Tapi tak sempat2..
Ni bukan idea saya sahaja.Adapted from my readings, Campur2 dgn rakan2 dan pengalaman diri gak. :)
1. Bersahaja
Cuba lihat pasangan. Selesa tak dia? Nampak pura2? Selalu kontrol ke? Jadi jangan la marah kalo kadang2 pasangan makan atau duduk "tak sopan" depan anda. Dia tgh jadi diri sendiri. Dan meminta anda menerimanya. Jika penampilan dibuat2, ayat2 jiwang dibuat2..haaaa tu kena cek k
2. Kenali dia dari kawan2 dia
Cuba borak dgn rakan2. Selidik dia. Tapi tak perlu lah nak merimaskan roomate dia, kawan2 dia sume. Tak perlu. Observe. Pernah tak rakan2nya or rakan2 anda sendiri puji dia? Atau macam ni la. If anda ajak rakan anda keluar dgn pasangan, perhatikan...rakan anda buat muka or menolak tak? haha.Selalu tak rakan2 mengajak pasangan keluar sekali? Memang susah nak bgtaw, Tapi kenali psgn dari rakan dan famili dia. Sebab psangan mestilah baik dpn kita..pijak semut pun tak mati.
3. Terima diri seadanya
Anda gelap? Anda gemuk? Atau ....besar? Berlemak? haha. Atau apa2lah. Dia kutuk tak? Teguran membina takpe. Sebab anda kena ingat, bila dah kahwin, 1001 keburukan lagi akan terkeluar. Kita tak akan sopan sentiasa. Kita tak akan lawa sentiasa. Kita tak akan kaya sentiasa. Kita tak akan berjaya sentiasa. Will he/she accept us at our worst moment? Ugliest time? Sebab if he/she looks to ur physical, percayalah..tak akan kekal lama.
4. Memahami
Percayalah..ketika in the early stage of relationship sure susah nak faham. Takes time. Tapi dont expect he/she faham sume without kita express apa2. Dia dan kita memang bukan ahli nujum. Komunikasi tu penting. Dan kita lihat pasangan...ada effort tak untuk memahami kita? Bila dia dah paham kita apa dia buat?
5. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna. For me.. I want him to accept me at my worst so that he deserved me at my best.
6. Kata hati
Paling penting. Solat istikharah. Doa. Kosongkan minda. Jika dia juga hadir, insyaAllah dia lah yang akan jadi pasangan kita.
P/S: Semoga dia jodohku. Ameen.
Tuesday, October 20, 2009
Loser
Tapi if kita wat kesalahan yg sama berulang kali. Try nak improve. Try nak berubah.
Tapi balik2 macam tu gak.
Rasa loser sangat!
P/S: Mood swings bertambah2. Perhatian: tiada kaitan dgn hal rumah tangga. Konflik dalaman. Seyes.
Saturday, October 17, 2009
Insan kerdil
Penuh dengan dosa. Penuh dgn khilaf.
Seberapa banyak pun bertaubat, sebnyak itu jugalah mengulanginya.
Try my best..but things messed up.
Dosaku melebihi pasir di pantai dan lautan..
Sebanyak bintang di langit.
Tak tahu bilakah dapat diampuni.
Sentiasa membuat dosa. Walau bagaimana kuat azam.
Terlalu lemah. Terlalu kerdil.
Ya Allah..masih layakkah aku di pandangan-Mu?
Tuesday, October 13, 2009
I urgently need diz!
Selendang
Susah nak gi amek barang.
Tapi insyaAllah cuti sem nih akan resume balik
Anyway, saya still suka online shopping and still tgk2 selendang yg dijual.
And...to shawl lovers. Berhati2 dgn orang yang jual shawl.
Ada yang letak mahal gila! untung 300% serius!!
i always pegang prinsip. untung hanya 30%-50%. tu pon akan bagi harga murah lagi wherever possible.
http://sayesayangiz.blogspot.com/2009/10/se-to-len-to-dang.html
terjumpa blog di atas. dia jual shawl sgt giler mahal padahal boleh dapat hanya rm10 atau kurang. ish ish
tak baik dik menipu pelanggan.
im the shawl lover. my shawl mmg banyak n i noe about shawl.
its the same material. same design. dgn blog lain. or kat ane2 butik.
tapi??? harga?sangat mahal ok.
jeles? nope. i jz cyan wif customers yg beli. if diorg tak keah its ok.
i was a shawls buyer n i noe how it feels kalo kita beli brg, rupa2nya harga murah.
hmmmm...
so sume...better beware. im not saying my shawls are good tapi u can always carik shawls yg cantik lagi murah dari blog lain. :)
berhati2. ni bukan untuk shawls je..tapi untuk macam2 barang lagi. so, be a smart buyer k!
Rancangan Masa Depan
Saya memang suka bukak blog2 yang ade resipi macam2. Pastu jadi lagho sebentar. Tak salin pun resipi tapi suka sangat tengok macam2 gambar makanan.
Cara2 untuk masak...best sangat. haha.
currently, terjumpa lak satu blog pasal masakan. aiyooo sangat teruja ok.
Dia nih serba serbi boleh. serius. sebut je nak apa.
sangat jeles. tapi dia wat diz for biz also.
http://sweetlillykitchen.blogspot.com/
tengok2 alamat...eh eh pasir gudang ke? xdela jauh sangat.
maka berazam nak g kelas memasak dia. esp untuk wat kek, muffin and tart.
saya mahu blaja masak bese2. im not into decorating foods. asal boleh telan, layan aje :P
nape nak masuk kelas?
coz saya minat. n of coz for my future hubby.
saya sangat berharap yang nanti dapat sediakan makanan untuk dia sekerap mungkin.
Dia pun jenis suka tolong and suka puji even goreng nugget segera je pun T.T
hehe.
then, saya beritahu la hasrat utk masuk kelas memasak.
respon? ojan kot...sume support :P
den, taw dia jawab apa lagi?
"i pon nak masuk kelas masak jugakla. nanti u sakit i boleh masak 4 u"
erk.
apekah?
hahaa. kalo setakat nak masak untuk orang sakit, mari saya tunjuk sekarang. haha.
P/S: Sume org pun bosan takde dc skang. maka entry blog mmg makin ngarut T.T
Monday, October 12, 2009
Dah abes dah!
Alhamdulillah Allah permudahkan.
Dan beri ketenangan di hati.
Result sume tawakal pada Allah
Malam nih nak tgk muvi puas2 n tlg my b wif his interim.
Hmmm...this few days asek terasa je dgn kawan2. rasa cam nak dok dlm gua n tinggal sorang2 pun ada. bukan terasa dgn sorang je. tapi few of them. huk3. yes. im sensitive. tapi even wat cmne pon i cpt lupakan even dlm hati sakit.
haha. maybe nak period kot.
sori taw. mungkin emo je. mainan dalaman. hormon tak stabil. tapi diz is what i feel rite now.
satu..satu..padahal maybe mende ni kecik. kadang2 sampai terasa apalah silap aku nih?
haih. takpe. manusia. n khilaf diri sendiri jugak.
xpela hati. Allah Maha Mengetahui.
Hanya ini ayat penguat hati.
"Berbuat baiklah kamu seperti Allah berbuat baik kepada kamu"
Ye..Allah telah melimpahkan pelbagai nikmat. Takkan sikit ujian pun nak bergoyang kan?
P/S: Saya insan lemah. Sangat.
Saya seorg peguam
Thursday, October 8, 2009
Dah besar ke?
dah 21 tahun.
Dah kena plan macam2.
Dah nak kahwin pun..
Pillow talk with my bestgurls..omg! serius. mcm2 keluar. Thanks a lot for the sharing dear :)
masa balik terfikir..dah besar aku ni. dah tanggung macam2 cabaran..dugaan...
dah boleh jadi ibu dah. ehhehe.
apapun, pesan saya kepada semua...perkahwinan tu bukan destinasi kita.
itu hanyalah gerbang permulaan kepada segala cabaran. carik duit bukan utk majlis perkahwinan. tapi semestinya kehidupan selepas perkahwinan..
to all women out there..carikla bakal suami yang bisa menangis kerana takutkan Allah. Bukan yang menangis kerana seorg wanita..
Carilah yang bisa menjadi imam kepada kita dan anak2..
Carilah yg ukan hanya bisa menyediakan wang (tapi wang tu penting taw), tapi juga teguh keyakinan tehadap penciptanya..
Usah diukur persediaan lelaki kpd lahiriah sahaja. Masa kini, if nak kawen, sure tanya cukup ke duit? Pernah ke tanya..cukup ke iman?
Pesanan utk diri sendiri yang lemah..
Usah jadikan perkahwinan sebagai satu matlamat percintaan. Perhubungan itu disandarkan kepada redha Allah.. Perkahwinan satu permulaan, bukan satu klimaks.
Bisakah pasangan kita dijadikan sandaran cinta kita kpd Allah?
Atau..
more precise question...
bisakah kita dijadikan sandaran cinta kepada Allah?
Soalan yang tak dapat dijawab oleh diri sendiri.
Lemahnya diri ini...
P/S: Kwn2..ada kursus kawen near the corner. Jum join jum!
Wednesday, October 7, 2009
Doa Aku
Bismillah Yaa Fattahu Yaa halim Bismillah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Bismillah, Bismillah, Bismillah
Yaa Robbiy sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri
Yaa Robbiy dengarlah doaku ya Robbiy
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Coba dan uji kan kulalui
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rokhim
P/S: Menitik air mata mengenang dosa2....
Peristiwa seminggu~
Its tough to be student.
Hahaha. To be precise, its tough to be a human. But we became a human for a reason.
Anyway, last week merupakan hectic week. (Also diz week and following weeks :P )
Just quick update on what Rahmah's been doing for the last couple days.
Acara men'single'kan diri di mapley.
Serius. ketawa je.
org len pon pandang len macam. haha. tu la jdinya 8 orang bertemu. adui.
pecah perut!
khusyuk makan :P
yg lain gelak. peah tak. nape ye? :P
muke ku yg gelap. haha. dan berminyak.
Kemudian,
last weekend. satu pengalaman penuh keajaiban.
Sangat2 bersyukur dapat jadi ATS. Kawan2!! betulkan? memang best giler kan ESQ?
Rugi bagi siapa2 yang tak ikot. Tapi takpe. doa byk2 kita dapat join next tyme :)
ESQ kali ni, sebagai ATS, barulah saya rasa layak menggelarkan diri as alumni.
Setiap pengajaran sungguh terkesan di hati.
bersama para ATS and ESQ team yg sgt best!!
Menjadi ATS dalam merupakan satu rahmat yang tak terhingga bila boleh dikatakan setiap module saya alami.
Mungkin last time kurang terkesan. tapi kali ni. terasa dalam hati. menitik2 air mata..
Dengan sharing dari pelajar chinese yang ikuti training (see..non muslim pon join. dis is a comprehensive training)
penat memang penat tapi semasa training sikit pon tak rasa.
ntahla. susah nak describe the feelings. InsyaAllah next sem ada lagi (doa byk2) so kawan2 yang tergerak nak pegi, pegi la.. boleh tanya alumni lain.
memang sangat tak rugi..
P/S: Alhamdulillah.. :)
Update
A lot to share.
But...demi Allah. Memang tak cukup masa. haih~
P/S: Saya mempunyai satu suara hati yg kuat. Tapi boleh ke dicapai?
Monday, October 5, 2009
Kebahagiaan yg sangat2 bahagia
Sangat tenang. Sangat damai. Sangat bahagia.
Subhanallah.
Demi Allah.. rasa damai.
Jika difikir intelektualnya..
Stress test yg secara berjemaah next week. Sume bc buku. Saya tak.
Stress takdak air. Pnat2 seharian bekerja, balik2 takda air.
Stress due date project n FYP
Tapi...seolah2. sikit pun tak menggoncang. Sikit pon tak terpikir.
Sekarang pun dah rindu ESQ.
Rakan2..yang 2 hari tadi sama2 feel th experience.
Mari kita top up experience tuh dgn taqwa. Dgn penigisian2.
Saya insan biasa. Bukan rakan masjid. Gila2 juga. Byk sangat dosanya.
Saya tiada sedikit pun lebih baik dari org lain.
ESQ mempunyai aura yang menarik saya.
Masuk ke dalam hati sedalam2nya.
Menyedari siapa saya..
Apa visi hidupku..
Apa tujuan hidup..
Juga nilai2 utk berjaya.
Saya lemah. Masih juga lemah.
Janganlah rakan2 melihat saya seorang yang tidak dapat membuat dosa.
Terima kasih Allah atas anugerah ini.
Anugerah yang tak terlihatkan.
Anugerah yang tak dapat measure.
Tak perlu anda membanding orang2..kerana hatinya siapa tahu.......
Bahagia..sangat bahagia..... sangat2....... :)
Saturday, October 3, 2009
Saya sangat excted!
Besok esq!!
2 hari saya dan rakan2 akan berjuang di medan esq.
Semoga segalanya berjalan lancar.
Kepada semua especially yg register under me.
Be prepared with a reli great experience!!!
Sangat bersemangat!
Satria ESQ! Go go go!
Satria ESQ! Fight fight fight!
Satria ESQ! Win3!!
Thursday, October 1, 2009
Sape nak mkn mari ke bilik saya
Ye saya memang suka makan dan suka menjamu org makan.
So saya menyeru sapa2 nak makan, marilah datang ke bilik saya.
Currently saya ada
kuih2 raya yg agak banyak. dodol. berbagai2 jenis kerepek yg sgt byk.
air gas 2 botol.
lagi...
buah...
erm..
keropok lekor.
roti.
haha
dtgla jemput beraya di rumah saya :P
(thinking of wat mini raya celbration. masak2 rendang ketupat sume. tp tu la..takde duit T.T)
Tuesday, September 29, 2009
Monday, September 28, 2009
Sakit jiwa :P
Tapi sangat malang. Tiada apa yg siap. haha.
Tapi satu achievement telah dilakukan.
Berjaya menghabiskan marathon Nur Kasih.
clap clap.
hehe.
skang sepatutnya saya memulakan kerja yang tergendala.
tapi end up blogging. haih3~
tu la..my b xde..xleh wat keje (rahmah. tlg balik skang. kalo dia ada lg la tak wat keje. dating 24 jam)
adui.
seyes sangat rindu dia.
dah 10 hari dia takde.
1-2 hari pon da tak betol.
mcm dulu...mase dok dgn dak2 nih kat wangsa maju. angau gak tak jumpa dia 2 hari. hahaha.
baik2
saya stop sekarang.
selamat malam sume!
Hey Ladies!
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis
Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi
Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur
Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong
Memanglah tak semua lelaki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus
Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis
**lagu yg sgt saya suka. lirik n beatnya sgt catchy :)**
Saturday, September 26, 2009
I need my doctor
Like very seriously.
Semalam saya telah muntah dlm kete. juga di tepi jalan.
Sana cni muntah.
Kepala sgt pening. Sangat2.
Saya alergik dgn ubat. boleh dikatakan sume ubat. T.T
Maka saya tahan je la sakit nih.
Doctor saya cakap saya maybe kene migrain. Memang teruk rasanya kepala ini.
Macam naek roller coaster
" U spin my head right round right round"
hahaha. tapi memang serius sgt teruk.
demam. muntah. batuk. selsema.
tapi takde ubat.
nape u balik hari selasa hah????
i seriusly need u. T.T
jgn la bg i nangis sbb rndu u lagi~
kalo doctor ada sure dia akan ......................
dah3. tak payah cerita.
fine fine. he is my doctor. my bestest doctor. hehe.
tp skang dia takde. so how??
waaa!!! :(