Ramadhan sudah menjelma.
Satu perasaan yang sangat susah nak describe.
Kehadiran ramdhan memang sangat bermakna kan?
Ramadhan lepas memberi satu makna yang dalam. Malam2 diisi dengan terawih, tidur di masjid, qiamullail, renungan, iftar beramai2, bertadabbur. Best sgt2
Indah sangat..
Ramadhan kali ini mungkin tidak dapat mengalahkan amalan ibadah seperti tahun lepas. Tetapi ramadhan kali ini cik orkid akan bekerja. Semoga pekerjaan cik orkid menjadi tasbih2 zikir kepada Allah. Setiap jalan cik orkid ke tempat kerja adalah sejadah bagi sujudnya cik orkid kepada yang Esa. Setiap langkah dan setiap tangan yang bekerja menjadi zikir memohon dosa.
Ketika ini, jika berkesempatan bersedekalah. Belai kepala anak yatim. Jika sukar untuk menderma di luar, dermalah kepada ahli keluarga. Anda akan dapat 2 pahala, satu untuk sedekah, satu lagi kerana mengeratkan silaturahim.
Saya rindu dengan ESQ team UTP. Dari situ saya kenal Allah. Saya tahu makna silaturahim. Pengisian yang sangat bermakna. Menghargai kehidupan dan bersyukur kepada nikmat Allah. Di hadapan mata terlihat kebesaran Allah. Jika itulah dikatakan sesat, cik orkid tak tahulah lagi apa ertinya benar. Walau betapa tinggi kejayaan kita, Allah bisa menariknya bila-bila masa. Carilah rahmat Allah. Cik orkid sentiasa terlupa. Sentiasa.
Maafkan saya ye kawan2. Kalau ada yang tersimpan, beritahu ye! :)
No comments:
Post a Comment