Orkid Says:

You can start anywhere and do anything with a good attitude and willingness to learn

Friday, August 6, 2010

Dialah idolaku..

Seawal 5 pagi, dia sudah bangun, ketika seluruh isi rumah sedang enak diulit mimpi
Dia mengemas dapur dan memasak air untuk sarapan nanti
Kemudian, dia bergegas ke tikar sejadah, menunaikan solat sebelum azan subuh berkumandang
Setelah azan subuh, dia mengejutkan anak lelakinya untuk berjemaah bersama. Kemudian isterinya.

Selepas selesai subuh, dia duduk mengalunkan bacaan quran.

Kemudian, dia menyediakan sarapan buat isterinya yang tidak sihat. Tanpa sedikit keluhan. Kerana dia sedar, lebih 20tahun isterinya sudah menyediakan sarapan untuk seisi keluarga.

Ketika inilah dia bersama2 isteri tercinta menikmati sarapan sambil berbual.

Setelah selesai, dia sambung melakukan kerja rumah. Membasuh baju, membasuh pinggan, membersihkan rumah, berkebun. Sesekali paginya terisi dgn joging.

Dia kemudiannya keluar bersama motor krissnya untuk membeli sarapan berat buat anaknya.
Dialah yang melayan, mengurus dan melakukan hampir semua hal kebajikan keluarganya.
Jika dia kerinduan, dia akan hubungi anak-anaknya yang jauh di mata.

Kerap juga dia singgah ke rumah ibu mertuanya, bertanya khabar. Dia disenangi keluarga dan jiran. Mungkin itulah sebab rezekinya murah apabila saban hari keluarga mertuanya tak lupa mengirim lauk.
12.10PM. Masa untuk menghantar anak bujangnya ke sekolah.
Hari-harinya terisi dgn pelabagai aktiviti.
Dialah imam di rumahnya setiap kali sampai waktu solat. Suara merdu alunan quran selalu menghiasi rumah sederhananya.

6.10pm. Masa untuk mengambil anaknya dari sekolah. Ketika ini, tiga anak saudaranya datang ke rumah untuk belajar mengaji dan mengulangkaji pelajaran. Juga seorang anak jiran yang telah kehilangan ayahnya turut datang ke rumah. Ramai yang ingin menghantar anak2 untuk menjadi anak muridnya, tapi terpaksa ditolak. Khuatir tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada anak murid yang sedia ada. Begitu jugalah rutinnya ketika anak perempuannya masih kecil. Kejayaan mereka berkat sabar ayah mereka mengajar dari kecil. Tanpa perlu guru tambahan, cukuplah guru di sekolah, juga di rumah.

Upah? Walau sesen pun tidak diminta. Dia mewarisi neneknya yang juga mengajar al quran.
Rumah di Jalan Nikmat itu tidak pernah sunyi dgn bacaan alquran dan gelak tawa anak-anak kecil.

Setelah solat isyak berjemaah, dia memulakan ulangkaji pelajaran bersama anaknya dan yang lain. Dia sabar menghadapi keletah anak2 kecil yang macam2 ragam. Tidak pernah bosan. Itulah rutinnya.
10.30pm. Selesailah tugasnya bersama mereka. Ketika itulah baru dia menjamah apa sahaja yang tinggal untuk makan malamnya.

Dia tidur hanya beralaskan cadar biasa di lantai. Menemani isterinya. Biarlah isterinya shaja di atas katil yang empuk kerana sakit.

Dialah ayahku...idolaku..
Tidak pernah kulihat mereka bertengkar walau sekali pun. Mungkin berkat sejuk alunan alquran setiap hari di rumah.

Dia tidak pernah curang. Tidak pernah mengeluh walau isteri tak berdaya. Dialah yang melayan selagi mampu. Dialah penghibur kami. Dialah yang aku sayang walau sentiasa bergaduh. Dialah yang sentiasa sembahyang malam setiap kali kami ingin melalui peperiksaan atau hari penting kami. Dialah ayah yang kami cintai sekeluarga.

"Ya Allah, Kau berkatilah kehidupan ayahku. Berikanlah dia kekuatan dan kesabaran untuk memimpin keluarga kami. Kau jadikanlah setiap perbuatannya tasbih2 zikir untuk pengabdian kepadaMu. Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan dan kesejahteraan kepada kedua ibu bapaku. Merekalah yang telah banyak berjasa kepadaku. Amin"

Semoga aku mendapat pasangan yang sentiasa di sisiku ketika sihat dan sakit, mempunyai ciri-ciri idolaku. amin...

6 comments:

'Afeefa Nawfa said...

:) atok sedara feefa. i've always loved him.

Orkid said...

n ur mom awesome too! agaknya mmg darah belah ma ngan tok de cm2 kot. hehe. hrp2 kite pon cm diorg one day :)

chelo0p said...

i'm touched!

manalah nak cari suami sehebat ayah kita. macam manalah nak jadi ibu sehebat ibu kita.

huhu.

Orkid said...

betul! pengorbanan org dulu2 mmg tiptop. jadikan pengajaran :)

Farhah (applegreen) said...

bestnye bile ayah wat kerja rumah :P lol~nice post!

Orkid said...

haha! ayah aku pencen. so itula keje die pulak skang. kire saling melengkapi la. dlu mak aku, skg his turn. :P