Orkid Says:

You can start anywhere and do anything with a good attitude and willingness to learn

Wednesday, July 14, 2010

Longgg Day

Harini pagi2 gi hospital teman mama.

Malam tadi "shift" ayah tidur kat hospital.

Teman mama pergi fisioterapi. Supporting her.
Buat segala2 yg mampu hingga petang.

Drive balik sendiri. Sampai2 rumah, pergi bukak gate sbb nak parking dlm rumah.

Tiba2...pintu terkunci dgn sendiri. *terlupa mmg kereta Hyundai tu ada problem dgn kunci*

Kat tgh2 jalan, enjin masih terbuka, hp, kunci rumah, handbag, everything dlm tu.

Ada spare key tapi dalam rumah. Tapi kunci rumah ada dlm kereta. Ayah kat hospital. Naik motor je. And takde kunci rumah.

Such a drama!

Alhamdulillah ada jiran membantu. Macam2 gaya buat, tapi tak jadi. Kereta canggih la konon. Call ayah sbb tak taw apa nak buat. Tu pun guna hp jiran.

Ayah panggil pomen tolong. Nak maghrib baru sume settle.
Memang ujian, tapi rasa sgt bertuah sbb berlaku dekat rumah, ada jiran, ada ayah.
Mmg such a lesson. Bayangkan kalo jadi masa cik orkid dah stat kerja, dgn takde siapa yg kenal.

Alhamdulillah. Memang peringatan buat diri.

Mama masuk hospital sejak selasa lepas. Betul2 masa cik orkid mmg takde keje nak buat.
Ulang alik hospital secara solo. Taking responsibilities. Tgk patients lain. Memang buatkan cik orkid berpikir panjang dan dalam. Cewah!

Hospital lebih meriah dari shopping mall. Tak kesahlah pukul 2-3 pagi ke.

Parking sentiasa full.

Melihat org sakit membuatkan cik orkid menghargai kesihatan. Menghargai hidup. Bersyukur dgn nikmat.

Macam2 kes ada.. Accident. Sakit. You name it.

Bygkan u normal. Aktif. Tiba2 je. Lumpuh. Dan the worst thing, takde sape pon boleh sentuh, if not akan menjerit kesakitan. Bayangkan!

Tapi cik orkid tgk betapa support dari famili mmg make a huge difference to the patient.

Melihat keadaan mama yg tak berdaya, even utk buang air, rupa2nya ramai lagi yg sgt sgt sgt teruk.

Cik orkid berjanji akan tolong org2 yg cik orkid syg..

Bayangkan mama yg kita sayang menjerit2, mintak tolong dan tak dapat bernafas. Rasa macam nak menangis kat situ gak. Tapi biasalah, buat cool. Kena kuat. At least pura2 kuat.

Melihat doktor, jururawat dan attendant yg sgt komited, lemah lembut, professional, membuatkan cik orkid respek sgt. I dun think i can do that.

Jadi penganggur sementara waktu taklah teruk sgt. Penuh dgn pengisian. Kita cuma perlu berfikir dan carik makna sedalamnya. Sekecil2 perkara mesti akan mengajar kita sesuatu :)

1 comment:

Fauzan Abdullah said...

huh. nasib depan rumah jer. and ade jiran yg tlg. Thank God.

Yup. tanam anggur mmg best :)