Orkid Says:

You can start anywhere and do anything with a good attitude and willingness to learn

Monday, June 3, 2013

Kehidupan Selepas..... & Pengalaman Berpantang

Hi everyone..
Rasa macam nak update tentang hidup post miscarriage.

Ok..selepas D&C, saya pun melalui proses berpantang seperti org2 beranak.
Takdelah strict sgt tapi i can proudly say I follow la most of berpantang. Sebab dalam pikiran nak lekat cepat2, nak sihat cepat2.

Rutin berpantang keguguran
pagi - hubby sediakan air mandian herba dan bertungku. Tungku ni light2 je n jangan letak di bahagian rahim. sarapan kadang2 shake herbalife, kadang2 roti

pakai stokin setiap masa. sepanjang hari memang berehat sahaja atau tengok tv atau baca buku. ye. memang bosan. kipas pun xleh kuat2.
tgh hari - lunch: ikan selar bakar, sawi sup, ikan bilis lada hitam, bubur kosong, ikan singgang, pernah buat kari, kdg2 beli ayam kampung goreng tu, buah oren, buah epal. elakkan makanan yang sejuk, sayur menjalar, buah2 tempatan, ikan2 berbisa

ptg - mandi herba, letak minyak herbanika satu badan. kadang2 kalau rajin bertangas.

ohhh saya memang beli satu set NR. Pagi2 makan 2 biji phytonatal n phytocleanse. asid folic n vitamin lain pun x dilupa. Air akar herbanika tu minum sepanjang masa. owh bengkung mmg xpakai la..

Berpantang sendiri di rumah bersama suami. Achievement juga. haha.

Semua aturan berpantang memang dari belajar sendiri suka hati, dari kawan2 yg baru beranak dan dari mak bidan. Saya after 1 week D&C start mengurut setiap minggu. Tepat 30 days berpantang, buat rawatan penutup, sengkak rahim.

Walau berpantang, perkara yang paling susah ialah untuk duduk diam. Bab makanan alhamdulillah boleh control tapi bab nak kuar tu memang susah. 3 days after D&C dah gi tgk wayang..5 days after dah pergi bagi talk kat sekolah. 7 days after gi setup candy buffet. Lepas tu balik kampung. haha. Alhandulillah ada business, so xdela mati kutu sangat. Ada je mende yang boleh dibuat.

Syukur sangat memang sangat sihat sepanjang2 tempoh berpantang dan juga selepas tu. Tak ada demam, pening kepala atau sakit perut etc. Bila follow up check up pun doc cakap rahim nampak cantik. Cuma perut selepas pantang 40 hari jadi sangat sensitif. makan yang pelik sikit je terus cirit birit. haha. Sebab dah lama makan bersih je kan..

Alhamdulillah semua yang dilalui memang rasa smooth. Dalam tempoh sebulan memang ada beberapa kali termenangis sebab rindukan baby. Apapun, memang kehidupan diteruskan seperti biasa, malah lebih bersemangat :)

Owh lupa..banyak ilmu saya dapat dari bidan muda vogue lagi cantik, Kak Ice. She is very very good. Urutan dia pun best n she is highly demanded. Memang da letak dalam kepala la kalau ada rezeki baby lagi, memang nak amek dia. Boleh carik dia kat fb Siti Aishah Confinement. You wont regret :D

No comments: