Orkid Says:

You can start anywhere and do anything with a good attitude and willingness to learn

Monday, May 31, 2010

Me. New Chapter.

*haruslah stat dgn gambar vain*

Im unofficially graduated :)

Im in the mood of celebrating, but cannot figure out why should i? haha.

So im thinking of a silence night, with myself, thinking about the past, prepare for future.

For the future, I will be no one. Start from zero. Need to learn again.
Prepare for more challenges.

I will draw my future. Where is my direction? No longer a student who always seek student price at cinemas, museums, etc.

Independent, happy, contented. InsyaAllah.

I hope I can get my dream jobs. Using my potential to the fullest. Meet new people. I maybe wearing hijab, but it does not mean my mind is closed.

Rahmah,

Be happy, earn some money, and go TRAVEL!

P/S: Screw the lonely nite, go out with convo frens. sembang sampai lebam! hoyeah!!

Saturday, May 29, 2010

Di UTP

Sume dah balik..

Tinggal la sisa2 manusia lagi kat bumi panas UTP neh.

Selepas ni, sume dgn arah tuju masing2. Bekerjaya.

Sedih meninggalkan UTP, tapi excited menjalani hidup baru :)

Semoga cabaran yg datang dapat ditempuhi dgn sabar dan takwa.

P/S: Gonna write abt dis more!

Sunday, May 23, 2010

Saturday, May 22, 2010

Dong Dong Si Mata Empat

Nak jugak letak gambar ktorg stadi week kat IRC. Setelah 8 sem / 4 tahun stadi bersama2, baru sem ni jejak kat IRC. hehe.

Jadi lihatlah gambar pasangan bercermin mata.

haha. warning: cik orkid masih normal penglihatan yer. takde pakai2 spek.

tapi gatal plak nak pakai. mcm lecturer!!

hahahaha.
muka fake stadila konon.

tibe2 rasa suka plak bercermin mata.


ok. cik orkid tak pakai spek pon..kalo pakai rasanya sebulan sure ada kes byk kali hilang/tertinggal/ patah. ngeee~ syukur alhamdulillah masih elok penglihatan. even ramai ingat cik orkid pakai spek. baiklah. adekah saya memang skema? T.T

Monday, May 17, 2010

Kabel? Org dalam?

Harini cik orkid nak membebel gak. tak kira...

Alhamdulillah, dari bulan March hari tu cik orkid dah secure a job. kat tempat intern.
ok. so what's da problem?

Ada orang cakap Cik Orkid pakai org dalam. OMG.

Terasa usaha 8 bulan tunggang terbalik kerja macam nak mati hancur je.
Tapi tu la pemikiran orang kita..dapat kerja baik sikit, dah cakapp orang dlm la. dapat kesenangan ckit terus dengki, terus pk bukan2. kalo dia yang dapat, dialah yang paling layak sekali.

Cik Orkid dari kecik memang go against penggunaan kabel. Bukan nak berbangga dgn my ability. Tapi cik orkid takut sangat. sangat2 takut cik orkid jadi zalim. Bayangkan if ada orang lagi layak, tiba2 cik orkid tutup peluang dia semata2 sebab cik orkid kenal orang dlm.

Seumur hidup berdosa sebab tutup peluang orang lain. Bagi cik orkid it is just not ethical manner. Contoh senang la, mak cik orkid cikgu kan. Masa darjah 6 cik orkid dapat 5A dengan byk sijil sebab memang aktif dari kecik. Bersyarah la, game ape la, wakil itu ini.

Tapi cik orkid tak dapat masuk SBP or MRSM. Kawan yang lain dapat..tak kesahla guna kabel ke tak. Tapi masa tu cik orkid memang tanak guna kabel nih. biarlah. takde rezeki. even ada yang offer nak membantu.

Sampai sekarang, sampai nak kerja pun memang setakat ni try my best to avoid this. Try with our own ability. Mungkin tempat tu bukan rezeki kita. Rezeki kita kat tempat lebih baik. Betul tak?

OK. Yang cik orkid nak tekankan kat sini, disebabkan masyarakat kita memang selalu sangat apply "kabel" dlm apa2, so org bersusah payah and qualified pun dituduh pakai org dalam. Bayangkan anda memang bersusah payah, anda dituduh pakai org dalam. Helooo keciknya pemikiran org tu kan? Maybe dia just jeles? No?

I know its no point to tell here, yes, I'm malay, just a normal women. Yes. Company tu maybe la besar, full of chinese, susah nak masuk. Maybela. tapi i trust in my own efforts and rezeki yang Allah bagi.

Sesapa yang memang apply "kabel" dlm kemasukan ke uni, scholar, kerja, or apa2, berbahagialah ye? Kepada org yang memang berusaha, mari kita doa dimurahkan rezeki tetapi tidak taksub dgn rezeki yang dipinjamkan Allah.

To the affected person, dear..u can do it also ok? Just maybe rezeki belum datang. If belum percaya my qualifications, meh la i give u all my testimonials from my managers n director to u. Maybe this can help u? No?

P/S: Hilangkan rasa dengki dan belajar berkongsi kebahagiaan dgn org lain walau kebahagiaan itu belum milik kita, pasti rezeki kita mencurah dan kita akan bahagia. Believe me :)

Thursday, May 13, 2010

Dilema

Dilema sangat nih

My paper is ended on 31st May.

My close cousin will be married on 11th June.

Masalahnya, Cik Orkid ada MDEC Course dari 7hb - 23hb!!

Call ayah tadi.. dia da tanya. "Abes tu sape nak tolong wat lauk pengantin" (Ecece~ masakla konon. Menyibuk kt dapur je)

Alamak.

Seyes berbelah bagi. Da janji dgn keluarga sana nak tolong. Konon nak wat dessert for pengantin la, kek la. aiyooo.

Tambah lagi meriah betul sbb sume sedara2 berkumpul. Adoi2.

On the other hand, kursus .NET nih sangatlah tidak boleh dilepaskan. Training free, makan free, accomodation free, sume free lah. Masa ni lah nak tambah my competency. Dpt sijil microsoft wooo.

Adui. How meh?

Antara keluarga dgn personal development?

Monday, May 10, 2010

Fesyen dan Cik Orkid

Haruslah post ni start dgn gambar vain yang ala2 kontrol ayu. hahaa. sila muntah sekarang!!


Cik Orkid suka melawa. Pasti org lain pon same kan?
Walaupun Cik Orkid neh memangla tak lawa.
Taik lalat sebesar bola golf, hitam, gemuk, peha n tooot besar. kulit penuh parut jerawat.
Tambah2 lagi Cik Orkid neh bukan la dari golongan yg senang. Serius.Semua baju cik orkid mmg unbranded, murah lagi.

Bertudung?Haaa. tapi tu sume tak menjadi masalah. Coz i like to see myself presentable. Suka dgn vibrant colors n sooo in love wif dresses.
N i am so blessed coz im bertudung. Terlalu byk boleh mix n match. Tudung plak macam2. Dari kecik Cik orkid mmg suka try mcm2 tudung n selendang je sekarang ada lebih 50 koleksi. Boleh cek almari. Tapi sume kbykannya tak lebih rm10.
Golden rule untuk cantik. Pakai mode beauty shot!! hahaha. Memang confirm muka flawless mmg fake lah :P

Macam2 la gaya tudung.

Sebulan kalo tak beli at least satu tudung, mesti rasa something is missing. hahaa.


See..i love dress..kalo leh kat mane2 function, stiap hari nak pakai dress. sbb leh tutup lemak2. hahaha.

i love skirt to. tp jarang sgt pakai sbb jangka hayat skirt mmg pendek. sure cik orkid akan terkoyakkan. sebab jln mmg ganas sure tersangkut mcm2 hehe
mini dress ke..leh mix n match.. bertuah pakai tudung kan? kena kreatif dan berani :)

dress lagi. haha. dila jgn marah.
Cik Orkid sangat suka and admire women yang sangat pandai bergaya even bertudung. So Cik Orkid xpaham nape ade certain jadikan alasan fesyen utk tidak bertudung. Meh cik orkid ajar meh. hait! bese dia taw! ehhehe

Cik Orkid pon ada ramai kawan yg sangat cantik dan bertudung dan stylish.
OMG. Vain. haha. Contohnyee datin nita kat bwh nih. Meletopzzzz!! cantik n masih tutup :)

Tgk je la saya yang gemok suka pakai baju dah macam mengandung.omg. seperti pompuan pregnant sebelah nita. hehe.

Tak percaya? Tgk la kt bwh. Comel x? macam pompuan pregnant kan? hehehe T.T

Tapi for me, tu sume anugerah Allah. Bila kita enjoy dgn apa yg kita pakai, bersyukur dgn bentuk bdn, muka, mesti akan terpancar kecantikan dlm diri. Ecece~


Haaa baju segala macam ada. Necklace, belt, inner. haha.

See see suka pakai contra kan. haha.

i noe. i noe. memang la baju cik orkid bkn lah betul2 ikut syariat. tapi i try to cover my aurat. sebaik mungkin.

if satu hari kawan2 jumpa cik orkid berskirt pendek, rambut gerbang2, sexy mexy, (nauzubillah) cik orkid benarkan anda ketuk saya. takpe. cik orkid halalkan sekarang. sebab cik orkid mungkin terlupa akan dosa2. Ya Allah jauhkan ya Allah..

Mama!!

Memang terlambat untuk bercerita tentang mama kat blog nih. Few days ni sangat bz. Bz dgn fyp + assignment + test. Dan weekend busy dgn aktiviti meronggeng :)

OK.

Back to the topic.

Kali ni sambutan hari ibu seperti biasa2 je. Poslaju simple kad and wish her. OMG. Cik Orkid memang hati batu la konon. Wish pon kontrol hensem je.

Padahal, dah berapa hari menangis if pikir pasal dia...

Macam post entry yg lepas, lebih 2 bulan lepas my mom kena wat total knee replacement.
Pembedahan tu untuk mengurangkan sakit dan boleh buatkan my mom berjalan tanpa rasa sakit.

Sepatutnya...

Tapi over 2 months, takde progress.

Dia memang tak dapat berjalan dengan baik. Jalan pakai tongkat pun susah.

Normally, within 2 months dah memang baik. Patient yang sekali dgn dia pun ok.. tapi setiap kali mama menjalani fisioterapi, sure dia akan sakit gila dan kaki bengkak.

Bayangkan melihat mama anda tidak dapat berjalan. Padahal dia sangat aktif.

Sedih sangat.

Doa dgn penuh harapan je yang mampu. Terkadang terasa tidak adil. Cukuplah sakit mama tu.Dah terlalu byk kesakitan dia hadapi. Terkadang rasa sebab dosa cik orkid lah mama terpaksa tanggung semua. Ya Allah...

Cik Orkid kena kuat. Memang sedang kuat. Supaya mama kuat. Supaya famili kuat.

Ni lah gambar masa Cik Orkid jadi pelajar cemerlang ketika di SESERI dahulu. Mama menangis bangga. Dan kami naik ke pentas berduaan sambil berpegangan tangan dgn baju sedondon. Kami je pasangan mak anak yg wat mcm tu, disambut dgn tepukan yg sgt gemuruh..

Saat itu memang Cik Orkid takkan lupakan..

Melihat pada diri Cik Orkid sekarang, belum cukup untuk membanggakan mama. Tak tahu dapat tunaikan harapan mama ke tak. Paling penting, Cik Orkid dan Mama bersatu di Jannah, insyaAllah.

Cik Orkid nak cepat kerja, nak cepat tolong famili. Nak banggakan mereka, nak jadi anak yg solehah. Itu harapan..

Paling penting, Cik Orkid harap..

MAMA SIHAT.

Kwn2, tlg doakan kesihatan mama Cik Orkid yeah!

Thanks.

Saturday, May 1, 2010

5 Simple Things that make me Hepi~

Hari ni Cik Orkid hepi without a specific reason. haha.
So wat sendiri tag nih~

5 simple things that make me H.E.P.I!


1. Cooking, wat dessert
2. Dpt Tolong orang..bahagia ok
3. Browse thru my tudung collection
4. Borak2 dgn my frens n b~
5. Rain!


How about u?

Tag 5 person.
1. Tirah
2. Suraya
3. Ojan
4. Peah
5. Matpie