Saya tak suka hospital.
Saya tak suka bau hospital.
Saya tak suka keadaan hospital.
Saya benci hospital.
Tapi saya harus bersedia untuk bersama mama di hospital beberapa hari ini..
Kepulangan saya juga semata-mata kerana mama.
Tak kisahlah FYP, tests, projek atau apa2.
Mama no 1.
Tapi mengenangkan penderitaan yang bakal mama hadapi nanti, membuat saya tumpah air mata sendiri.
Saya ialah anak yang degil. Yang paling kuat. Kononnya.
Harus kuat. Sebab anak sulung. Tak ada siapa yang suruh jadi begitu. Tapi rasa responsible to be one.
Saya sangat jarang menangis depan famili. Famili meninggal pun cool jah. Sangat jarang meminta maaf jika berbuat salah
Hakikatnya, sayalah makhluk yang sangat fragile dan sensitif. Last2 menangis sendiri atas tikar sembahyang. Takpun dalam bilik. Takpun menangis di mana2. Org tak perasan. Saya dah biasa berlakon. huhu.
Mama dah melalui banyak kesakitan. Seperti ibu lain juga. 3 kali menjalani pembedahan untuk melahirkan kami adik beradik.
Mama pernah juga mengalami pembedahan ketika saya form 3. Ketika ayah jauh, ketika saya akan mengambil PMR, ketika adik juga UPSR. Saya terpaksa kuat ketika itu.
Sangat sedih melihat mama yang sangat aktif tidak dapat berjalan. Tambah sedih ketika itu mama ketawa sebab tak dapat jalan, tiba2 meraung hiba. huhu.
Saya harus tabah.
Dua tahun lalu juga mama ada melalui pembedahan. Tapi saya ada di rumah sekejap sahaja. Nasib adik ada menemani mama.
Melihat mama tak berdaya apa2, sakit, mebuat saya ingin meraung depannya. Tapi saya kan kuat. huhu.
Mama sakit ketika itu. Tidak boleh langsung untuk bangun. Badan, muka sume bengkak. Kencing berak pun terpaksa dibantu.
Sungguh sedih ketika itu.
Kali ini, saya sebagai kakak, sebagai seorang anak akan memikul kembali tanggung jawab itu. Tapi sesungguhnya saya tak kuat. Saya tak tahu saya mampu ke tak menjalani sume tu.
Tak..bukan mengeluh. Sedikit pun tidak. Tapi saya sangat kasihan. Mama tak perlu sakit2 begini. Cukuplah sakit ketika melahirkan kami dahulu. Cukuplah kesakitan semasa sakit dahulu. Tapi siapa saya untuk bertanya tentang takdir kan?
Mama berkali2 menyatakan kerisauannya. Saya hanya ketawa memberi kata2 semangat. Padahal dalam hati meraung sedih. Saya amat risau.
Mama dah dimasukkan hospital. Kames ini akan dijalankan operation. Semoga mama kuat menempuhinya..
Sungguh...tiada apa lagi yang menyedihkan selain melihat mama sendiri terlantar. Mama penguat jiwa saya. Mama yang sentiasa menyokong saya. Mama yang menjadi inspirasi kejayaan saya. Mama penyejuk saya yang baran ini.
I miss u mama. Our home is really silent without u...
2 comments:
hehe.aku suke hospital~aku suke duduk hospital lame2 weyh.hahaha.
anyway, cube ko terbalek kan ayat ko mcm ayat aku kat atas. so, u can handle it insyaallah :) hehe.
aku pun x suke ayah n umi aku sakit2 dowhhh.nnti diorg sakit, sape nk jage kitaorg adik beradik kan?hehehe
jage mak ko elok2!
strong rahmah strong!!
Post a Comment