Orkid Says:

You can start anywhere and do anything with a good attitude and willingness to learn

Sunday, March 28, 2010

FYP

Rahmah..

Dah siap FYP?

"Dah..tinggal nak present kat EDX jahhh"


OK. Tipu.

HHAHAHA.

Saja memotivasikan diri sendiri kot :P Dan juga org lain. Supaya cpt2 buat. ngeh3

Jangan mrh sape2 yang dapat jwpn ni eh..

Friday, March 26, 2010

I want something like...

This...

Bayangkan dalam purple..light purple...

Woahhhhhh

I reli want my wedding with full of flowers...

Reli...

hehehe.

N guests not only remember the sight of my wedding, but also the smell

Sebab i hv obsessions over perfumes n flowers. woaahhh

Tema: Romantic and blissful. cewah.

Nilah sindrom tensen. salah satu cara tenangkan perasaan. hahahaa.

OK. Balik sekarang.

Thursday, March 25, 2010

Huuu~~

Sekarang sume pon tgh stress and sgt busy dgn macam2.

Housemate bilik sebelah pon da lama tak jumpa. Bayangkan! huk3.

Sume pon tgh occupied.

Mintak maap kalo terkasar bahasa, teramah salah tempat ke.

Tak tersenyum. Tercerita annoying. Ter-stresskan lagi ke.

Sorry kawan2!

Takde niat.

Mari kita berusaha!! Chaiyok!! :D

P/S: Anyway, tadi jumpa dgn Ms. Mazeyanti utk FYP. Aduiii. 2jam setengah dok dgn dia ok. Pening sgt trus kua. Tak prepare pape utk interview. :(

SABAR DAN TERUS MEMBERI TANPA BALASAN ---> Ingatan utk diri. huuuuu~~~

Tuesday, March 23, 2010

Minggu2 yang Best

Minggu ini sangatlah best.

Juga minggu depan.

Isnin - Hantar progress report
Rabu - Demo with SV, Test SBE, Homework CC
Khamis - Interview, gi KL
Jumaat - Demo with co-SV
Sabtu - Ada event anak yatim
Selasa - Test Data Mining - Subject yang sangat down T.T , Shell Interview
Rabu - Pre-EDX (Demo and Poster Presentation) - 0% progress, MS Test
Sabtu and Ahad - Kem di Johor

At the same time, 3 things due next week - SBE Biz plan and Case study (0% progress, sebab baru tahu harini), MS Book Report (50% coursework marks,juga 0% progress coz tak sempat), FYP (yang byk lagi kena buat nehhh)

Best kan? hehehe.

I bet sume final sem students mcm nih. So Cik Orkid tak lupa doakan untuk kawan2 lain gak :) Good luck korang! Doakan Cik Orkid gak ye!
Nway, patutlah Cik Orkid beberapa malam byk sgt mimpi masuk kerja lah, interview lah. Rupa-rupanya dapat interview. Tgklah kat status Cik Orkid few days back.


Rupa-rupanya petanda. hahaha. Hurm. Masih berharap soalan masih macam dalam mimpi. hehe.

P/S: Sbg persediaan untuk selalu dok kat meja stadi ngadap laptop, cik orkid beli byk2 seaweed snacks and bantal alas bontot. Yela..lame sangat dok atas kerusi takut leper plak. Ok. Sila balik sebelum mengarut lagi k. :P

Monday, March 22, 2010

I wont give up!

I wont give up

Until you're mine

:)

Dialah lelaki yang bertakhta di hati.

Juga di hati keluargaku.

Selalu lupa dengan pengorbanan dan jasa dia.

Selalu mahukan yang lebih

Padahal yang lebih di hadapan mata.

Dialah yang sanggup dari UTP ke JB..naik bas 10 jam. Hanya satu hari. Demi menemaniku yang sedih. Kemudian, besoknya drive 8 jam membiarkan aku tido je dlm kete..

Dialah yang ulang alik dari UTP ke Ayer Tawar dgn motor. Semasa study week untuk hantar aku belajar kereta.

Dialah yang sanggup drive ke JB kerana aku trauma drive kereta

Dialah yang settle ketika aku eksiden
Dialah peneman aku ketika aku berlama-lamaan di salun

Dialah yang memilih baju aku ketika aku down tak tahu nak pakai baju apa untuk ke seminar. hehe

Dialah insan yang tadah je la bila hati ini tawar

Dialah yang sanggup tak tidur demi ku.Dialah yang sanggup datang dari apartment amek dan hantar aku balik keje.

Dialah yang sanggup berikan aku hp nya dan sanggup pakai hp yang tercabut2 tuh

Dialah yang sanggup bawak tabung duit syiling, tanpa malu beli makanan untuk aku

Dialah yang menghantar aku ketika aku tgh malam sakit

4 tahun..terlalu banyakkk.... Dan Cik Orkid sentiasa lupa...

I love u B..Im soo sori i never appreciate u..coz i've taken too much from u..



Ni gambar mase foundation taw... malu2 lagi..

Tup tup skang kami dah nak grad dahhh...


Skema tak? HAHAHA. Masing2 tangan masih di bawah. ececece~~

He is the wind beneath my wing, without him im nothing..

Sunday, March 21, 2010

Saya Berjanji dan Bersetia..

Saya berjanji dan bersetia...

Yang saya..Cik Orkid...

"TIDAK AKAN SHOPPING BULAN INI DAN BULAN 4. TAKKAN MELAGHO BERJALAN2 KUAR TAK TENTU ARAH"

"CIK ORKID AKAN MENJADI BUDAK NERD SELAMA BULAN INI DAN BULAN 4 UNTUK MENYIAPKAN FYP JUGA KERJA2 YANG SEWAKTU DENGANNYA"

Ok. Kita tgk how it goes ya.

(Ok. bru je beli kasut and tempah inner shawl dgn nita. hik3)

Nway, thanks kawan2 coz tanya and concern about my mom. Sangat terharu. Mama masih dalam wad. Kamera Cik Orkid and ayah rosak plak. Kalo tak boleh tunjuk gmbr lutut mama yang berkecai tuh. huhu.

:)

Cik Orkid dah ok. PMS memang camtu la. hik3.

Rindu mama~~

Thursday, March 18, 2010

Emosi Lagi

Sori..emo lagi.

Bagi siapa2 yang tak suka, boleh tekan pangkah kat atas.

Manusia bukan tempat bergantung.

Di kala ujian bertubi2 datang. Ketika diri di tempat terbawah.

Ketika itu "dia" menunjukkan belang sebenar. Gurauan ceria menjadi isu sensitif.
Betapa obses dgn perkara itu sehingga tidak rasional.

Inikah pendamping ketika sedih?

Diri tak pernah sekelumit menghina di pena, tapi dia betah menulis macam2 di sana. Sayangnya dia dgn perkara itu sehingga tiada apa boleh kacau. Even gurauan. Tapi diri ini, lakukanlah apa2, tiada terkesan kepadanya. Siapa diri di hatinya?

Mungkin kerana semalam tidak tidur.

Mungkin kerana period sedang menghampiri

Mungkin kerana tugasan berlambak yang menanti.

Mungkin kerana tanggung jawab yang berat menanti.

Percayalah, hanya kefahaman yang diminta.

Mata dah tak tahan asyik dibasahi.

Pergilah jika sekadar mahu menyakiti.

Diri terfikir... Berbaloikah diri menanti?

Cepatla Jumaat...

Current update: Mama masuk OT kol 1 lebih tadi. Dijangkakan akan kuar kol 4 lebih.

Nway, thanks dear coz sanggup dari UTP datang ke JB.

Its hard for me. But I'll try to hold on. Thx for everything..

Walaupun Cik Orkid asek mengusha attendant and doctor2 yg ensem kat hospital tuh..percayalah cinta hati Cik Orkid hanyalah kpd Mr B soranggg hahaha. OK. Poyo.


P/S: Cik Orkid je rndu Mr. B. Mr B rndu kawan2 die jeee :(

Wednesday, March 17, 2010

Entri Beremosi

Saya tak suka hospital.

Saya tak suka bau hospital.

Saya tak suka keadaan hospital.

Saya benci hospital.

Tapi saya harus bersedia untuk bersama mama di hospital beberapa hari ini..

Kepulangan saya juga semata-mata kerana mama.

Tak kisahlah FYP, tests, projek atau apa2.

Mama no 1.

Tapi mengenangkan penderitaan yang bakal mama hadapi nanti, membuat saya tumpah air mata sendiri.

Saya ialah anak yang degil. Yang paling kuat. Kononnya.

Harus kuat. Sebab anak sulung. Tak ada siapa yang suruh jadi begitu. Tapi rasa responsible to be one.

Saya sangat jarang menangis depan famili. Famili meninggal pun cool jah. Sangat jarang meminta maaf jika berbuat salah

Hakikatnya, sayalah makhluk yang sangat fragile dan sensitif. Last2 menangis sendiri atas tikar sembahyang. Takpun dalam bilik. Takpun menangis di mana2. Org tak perasan. Saya dah biasa berlakon. huhu.

Mama dah melalui banyak kesakitan. Seperti ibu lain juga. 3 kali menjalani pembedahan untuk melahirkan kami adik beradik.

Mama pernah juga mengalami pembedahan ketika saya form 3. Ketika ayah jauh, ketika saya akan mengambil PMR, ketika adik juga UPSR. Saya terpaksa kuat ketika itu.
Sangat sedih melihat mama yang sangat aktif tidak dapat berjalan. Tambah sedih ketika itu mama ketawa sebab tak dapat jalan, tiba2 meraung hiba. huhu.

Saya harus tabah.

Dua tahun lalu juga mama ada melalui pembedahan. Tapi saya ada di rumah sekejap sahaja. Nasib adik ada menemani mama.

Melihat mama tak berdaya apa2, sakit, mebuat saya ingin meraung depannya. Tapi saya kan kuat. huhu.

Mama sakit ketika itu. Tidak boleh langsung untuk bangun. Badan, muka sume bengkak. Kencing berak pun terpaksa dibantu.

Sungguh sedih ketika itu.

Kali ini, saya sebagai kakak, sebagai seorang anak akan memikul kembali tanggung jawab itu. Tapi sesungguhnya saya tak kuat. Saya tak tahu saya mampu ke tak menjalani sume tu.

Tak..bukan mengeluh. Sedikit pun tidak. Tapi saya sangat kasihan. Mama tak perlu sakit2 begini. Cukuplah sakit ketika melahirkan kami dahulu. Cukuplah kesakitan semasa sakit dahulu. Tapi siapa saya untuk bertanya tentang takdir kan?

Mama berkali2 menyatakan kerisauannya. Saya hanya ketawa memberi kata2 semangat. Padahal dalam hati meraung sedih. Saya amat risau.

Mama dah dimasukkan hospital. Kames ini akan dijalankan operation. Semoga mama kuat menempuhinya..

Sungguh...tiada apa lagi yang menyedihkan selain melihat mama sendiri terlantar. Mama penguat jiwa saya. Mama yang sentiasa menyokong saya. Mama yang menjadi inspirasi kejayaan saya. Mama penyejuk saya yang baran ini.

I miss u mama. Our home is really silent without u...

Tuesday, March 16, 2010

Ayah Saya~

Saya memang sangat adore dgn ayah.

Even selalu bergaduh (gaduh2 manja) hehee. tapi saya sangat adore dia. Serius.

Dia seorang yang lembut even dia sangat garang.

He's the source of money. hahaa.

Most importantly, he cannot resist me! :P

Serius, melihat betapa dia sabar melayan mama, melayan keluarga, mengambil berat tentang keluarga, sangat membuatkan hati saya tersentuh.

Dia sangat rajin..yang menjadikan kami adik beradik jadi pemalas. haha.

He is caring even he rarely shows it. Selalu buat saya terlepas pandang, padahal dia dah beri terlalu banyak.

Dgn saya, anak paling rapat (sebab selalu gaduh kot), dia selalu merajuk.hehe.

Saya selalu berdoa, untuk dapat seorang suami yang ada ciri2 seperti ayah. Ayah is sooo special. Not only me who agree with it, tapi the whole bunch of my relatives. He is alim, funny, responsible and strict.

Adui. Kalo tulis entry pasal ayah, sampai bila2 pon x abes. hehe.

P/S: Ayah akan jaga mama spjg mama operate. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada Ayah untuk menghadapi semua ini. Berikanlah kekuatan kepada mama, juga seluruh familiku. Ameen.

Monday, March 15, 2010

Saya Mahu Kawen!


OK. Mahu kawen. Tak mahu melalui 2 bulan yang menakutkan.

Terlalu banyak yang pending.

-Test2
- Performance dlm academics yang merudum
- Performance badan yg menurun (mungkin stress)
- Assignment
- Project


and of coz FYP!!!!


P/S: Saya selalu jarang sedar yang saya nih stress. Kalo ada org yang suka bising2, marah2 kalo stress, saya pulak, tak sedar. Tup tup banyak tido, banyak makan, banyak jerawat, makin malas. Adui. Semoga diberi kekuatan kpd Cik Orkid dan rakan2 lain :D

Thursday, March 11, 2010

Saya Mohon Doa ye Kawan2~

Cuti semester nih

Akan menjadi busy. Test, projects, assignments, FYP.

Tapi, most importantly,

My beloved MOM will undergo an operation.

I am so worried. I really am.

I hope everything will be ok.

Siapa2 dok JB leh la dtg melawat eh..

Tolong sedekahkan Al-fatihah untuk kesihatan mama saya ye :)

Wednesday, March 10, 2010

Current Update

Hidup Cik Orkid kacau bilau sekarang. Adui. Need to restructure my whole life. Ngeh3.


Anyway, Hari ni ada career talk by KPMG. Dan juga assessment. Hurm. Otak Cik Orkid mmg tak berfungsi sebaik mungkin petang2. So agak kiciwa la dgn performance untuk numerical and reasoning section.

Tapi macam biasa, bab esay, yang ngarut2 Cik Orkid bolehla jawab. Takpela, ada rezeki, adalah untuk besok..

Petang tadi start pulak dengan bisnes nasi lemak. Ni memang kenyataan honest. Sangat berbaloi rm2 untuk ayam dan nasi yang banyak ok. Kalo kat pasar malam pun dah rm3. Thanks sgt2 kepada sume yang beli tadi. Esp Syafiq yang jadi 1st customer and promote pulak kat kawan2. Alhamdulillah, sambutan memang hangat. :)

So janganla malu2 beli yer. PM je or msg. Kami akan hantar :)

Tuesday, March 9, 2010

Maaf

" patutkah ku membenci umatmu ya Rasulullah sedangkan kau memaafkan
mereka yg menghinamu??? kau memaafkan mereka yg membunuh syuhadah Uhud
dengan kejam.. kau yg berdoa untuk mereka yang melontarmu dgn najis
dan batuan.. semua umatmu yg kau telah permudahkan sakaratul maut bagi
mereka walau kau yg menanggung siksaan itu..ampuni kami ya
Rasulullah.."


Diri memang sangat hina..tapi diri ini juga mahu mengikut teladanmu Ya Rasulullah..

Saya..


Dalam proses membersihkan hati dari sifat dengki dan benci :)

Dalam proses memaafkan semua.

Dalam proses meminta maaf walau bukan salah diri.

After all, suma kat atas tu memberi ketenangan diri. Betul tak? :D

Monday, March 8, 2010

Im sorry

I'm sorry I constantly hurt u.

I cant help it.

Saturday, March 6, 2010

Love Love Love

Soriiii Cik Orkid sakit for few days.

Pas sakit, ada show plak

Tawaran kerja lagi.

Assignment lagi.

OK. SERIUS.

Memang Cik Orkid kurang sihat few days. Sekarang pun.

Nanti Cik orkid akan kembali dengan post yang hangat. haha.

Sekarang..semua tensen dgn FYP.

Mari kita tensen untuk 2 bulan terakhir.

Pas tensen, kita hepi. Pastu tensen balik. Pastu hepi. hahahaa.

Hurm.

OK. Cik Orkid nak berkata2 cinta plak.

As a lover, Cik Orkid harap sangat Cik orkid menjadi pemudah cara, penenang fikiran Mr B.

Cik Orkid memang berazam kot.

Yela..wut a gf for kan?

Tapi of coz selalu kecundang.

Bila Mr B needs my support the most, masa tu la Cik Orkid emo2. haih.

Hope Mr B can stay with me. Coz Cik orkid tak taw ada lagi ke laki yang lagi sesuai dgn Cik Orkid dari Mr B.

Kalo nak carik yang lagi perfect dari Mr B memang berlambak.

Tapi nak carik perfect match? Hmmmm...

OK2.

Nak tido. Muaahhh!!

Tuesday, March 2, 2010

Make up tutorial




Takde makna nak buat make up tutorial.

Just nak share, my simple make up. Ni pon kalo tgh rajin.
Shhhh...percaya tak Cik Orkid gi kelas without compact powder pon. Mascara, eyeliner lipstick ape ntah lagi. haha.

Tapi Cik Orkid tetap pakai make up if kua wif frens and my b. Kalo rajinlah..


Apapun, beauty skin begins wif right beauty regime.


Jangan lupa untuk


1. Cleanse

Sebaiknya, start dgn cleansing milk or make up remover coz even kita pakai sunblock or just talcum powder, we need to remove all the dirt on the surface of our skin (Cik Orkid selalu terlupa gak.hehe. tp will try to apply it :) )

Pastu, barulah guna facial wash ok! Remember, ur skin is sooo sensitive. Gentle je taw urut muka tuh! kalo tak akan jadi premature skin. Nak ke? :P


2. Tone

Sangat penting utk antiseptik. Juga untuk menutup pori.


3. Moisturize

Ni untuk memberi makanan kpd kulit kita. Even oily skin pon perlukan moisturizer tapi make sure its in gel n non oil based.


Ni laaa step yang terpaling simple.


Additional tips:


1. Scrub ur face at least once every 3 days. Then proceed with the 3 steps.

2. Apply serum for treatment. Choose the right serum. (Cik Orkid takde serum coz xde duit. hehehe)

3. For night, pls use night cream. Kalo takde (sebab Cik Orkid pon xde duit nk beli night cream), double the moisturizer application.

4. WAJIB pakai sunblock. SPF 25 is a MUST. Kalo u suka jemur, guna SPF40. Pastikan beli yang elok taw. Coz most of da times, sunblock ni boleh jadi penyebab jerawat. SPF dlm bedak tak cukup ye tuan2 dan puan2.
Ni muka Cik Orkid dgn mekap. huk3.


Ni muka Cik Orkid if bermekap. Tak nampak beza? Memangla..hahahaa.





OK. Cik Orkid hanya perlu 3 benda je.





1. Lipbalm (Crazy Rumors) n lip plumper (Benefit)


2. Eyeliner (Kajal)


3. Compact powder (Pixy)





Mascara? Cik Orkid tak suka. hahaha.





Cik Orkid sangat suka eyeliner tapi Cik Orkid takde duit nak beli eyeliner mahal2. So Cik Orkid beli nih. RM15 jah..boleh dapat lagi murah kat kedai2 India.





I like this eyeliner coz dia sangaaattt hitam n lembut. Tapi dia suka smudge. Yela dok kat Tronoh yang panas neh. Memangla berpeluh.


Kulit Cik Orkid memang sangat sensitive. So memang Cik Orkid memerlukan produk yang sesuai wif my skin. So maybe later i'll share my beauty regime k?

P/S: Cik Orkid feeling2 ada flawless skin gitew..padahal, macam2 problem ada due to KEMALASAN. hehee. takpe. sharing is caring kan? :D

Kadang2 Sendiri Itu Perlu

Hard to make this decision.
Cry like hell.
But I have to.
To find myself.
And most importantly..to find u in me.
I'm sorry for everything.
My heart is only for you.
But i have to find my heart back..