Orkid Says:

You can start anywhere and do anything with a good attitude and willingness to learn

Monday, June 3, 2013

Kehidupan Selepas..... & Pengalaman Berpantang

Hi everyone..
Rasa macam nak update tentang hidup post miscarriage.

Ok..selepas D&C, saya pun melalui proses berpantang seperti org2 beranak.
Takdelah strict sgt tapi i can proudly say I follow la most of berpantang. Sebab dalam pikiran nak lekat cepat2, nak sihat cepat2.

Rutin berpantang keguguran
pagi - hubby sediakan air mandian herba dan bertungku. Tungku ni light2 je n jangan letak di bahagian rahim. sarapan kadang2 shake herbalife, kadang2 roti

pakai stokin setiap masa. sepanjang hari memang berehat sahaja atau tengok tv atau baca buku. ye. memang bosan. kipas pun xleh kuat2.
tgh hari - lunch: ikan selar bakar, sawi sup, ikan bilis lada hitam, bubur kosong, ikan singgang, pernah buat kari, kdg2 beli ayam kampung goreng tu, buah oren, buah epal. elakkan makanan yang sejuk, sayur menjalar, buah2 tempatan, ikan2 berbisa

ptg - mandi herba, letak minyak herbanika satu badan. kadang2 kalau rajin bertangas.

ohhh saya memang beli satu set NR. Pagi2 makan 2 biji phytonatal n phytocleanse. asid folic n vitamin lain pun x dilupa. Air akar herbanika tu minum sepanjang masa. owh bengkung mmg xpakai la..

Berpantang sendiri di rumah bersama suami. Achievement juga. haha.

Semua aturan berpantang memang dari belajar sendiri suka hati, dari kawan2 yg baru beranak dan dari mak bidan. Saya after 1 week D&C start mengurut setiap minggu. Tepat 30 days berpantang, buat rawatan penutup, sengkak rahim.

Walau berpantang, perkara yang paling susah ialah untuk duduk diam. Bab makanan alhamdulillah boleh control tapi bab nak kuar tu memang susah. 3 days after D&C dah gi tgk wayang..5 days after dah pergi bagi talk kat sekolah. 7 days after gi setup candy buffet. Lepas tu balik kampung. haha. Alhandulillah ada business, so xdela mati kutu sangat. Ada je mende yang boleh dibuat.

Syukur sangat memang sangat sihat sepanjang2 tempoh berpantang dan juga selepas tu. Tak ada demam, pening kepala atau sakit perut etc. Bila follow up check up pun doc cakap rahim nampak cantik. Cuma perut selepas pantang 40 hari jadi sangat sensitif. makan yang pelik sikit je terus cirit birit. haha. Sebab dah lama makan bersih je kan..

Alhamdulillah semua yang dilalui memang rasa smooth. Dalam tempoh sebulan memang ada beberapa kali termenangis sebab rindukan baby. Apapun, memang kehidupan diteruskan seperti biasa, malah lebih bersemangat :)

Owh lupa..banyak ilmu saya dapat dari bidan muda vogue lagi cantik, Kak Ice. She is very very good. Urutan dia pun best n she is highly demanded. Memang da letak dalam kepala la kalau ada rezeki baby lagi, memang nak amek dia. Boleh carik dia kat fb Siti Aishah Confinement. You wont regret :D

Monday, May 20, 2013

Review 8: My Make Up Artist

Eh..baru review 8 kahh

haih lembab betul update psl wedding. excited sbnarnya nak cerita banyak sebab diri sendiri plan a-z kan.

ok...untuk mekap i hire my favorite MUA Eyra Rizal. Pernah makeup dgn dia and attend makeup class. So to be safe hire je dia since dia dah tawu muka sume kan.

She is from KL. so byr sekali transport n accomodation. n i would say very affordable. mmg xnak spend beribu2 just utk mekap...sekali je plak tu. better jaga badan, seri muka (cehhhhh statement!) x2..better spend something yg nmpak n boleh kenang bila2.



sangat2 berpuas hati dgn make up dia. yg penting muka sendiri nampak. xdelah org puji "cantiknya mekap" hahahaha. intimidated tak. so i requested something yg sangat simple n pastel color. yg penting even hujan n penat peluh2 masa outdoor, masih cantik.

sebenarnya byk drama dgn make up ni. hahahaha. tp ni memang dugaan la kan. sesat segala. mekap nikah xsampai 30min n reception 40min je kot. for me that always put punctuality at no 1, diduga mcm ni. yela..takkan semua nak perfect kan? :) syukur alhamdulillah, just small matter.

so i still recommend her :)

x, bukan her fault. serius mmg takdir haha. Allah nak uji kesabaran.

Sunday, May 19, 2013

Chocolate Fountain & Candy Buffet Package by Sugar Town

Saja nak publish balik kat blog ni. i have been doing this business for more than 1 year. Niat DIY candy buffet bertukar jadi bisnes. Alhamdulillah sekarang dah ada ramai crew yang bekerja under sugar town.

So bagi siapa2 yang masih mencarik candy buffet yg berpatutan dan memang alhamdulillah terima banyak good review, come come.

Go to

http://ilovesugartown.blogspot.com

or

www.facebook.com/ilovesugartown

Ni serba sedikit pasal pakej yg ada.






Saturday, May 18, 2013

Sewa Baju Nikah + Dress Reception

Ok, setelah 6 bulan berlalu majlis..maka baru terbuka hati nak sewakan baju nikah n reception dress.haha.
(sebenarnya sebab langsung x muat xde harapan dah)

ok...1st of all, baju nikah. its peach color. very simple peplum labuh with attached veil at the back.
masa ni nak kelainan sikit sebab masa tunang hari tu dah pakai veil kat kepala. 


2metre shawl with attached lace yg dah siap beading sume just tinggal pin kan je.

i reli love this dress. simple n sweet je. ohhh n ada train sikit kat kain. 



 can fit M. my size masa tu. pinggang 27 and bawah 40. ehem. my height is 157. tp kain ni agak labuh sikit and ada train kat belakang.





ok..next one..reception dress. color is lilac..meaning..very very soft purple..
this dress is princess cut..material dia chiffon n fully lining. By Najib Salman

Bawah ni design dia..memang sebijik la hasilnya..  
actually potongan ni ala2 kimono dgn stash kat pinggang.


hmmm baju ni sebenarnya sangat syg nak sewa..

Ohhh ada 3M veil. bila lagi kan nak pakai veil panjang2 hehee. feeling2 princess sikit :P








if nk rent veil saja pun boleh..

size ni can fit M and L.

siapa2 nak sewa or nak tgk closer view of these 2 beautiful dresses, email me orkid88@gmail.com or whatsapp 0162022309.

Friday, May 17, 2013

Kembali Bersiaran

Fuh semenjak last entry..macam2 aktiviti.. hahaha
terlampau busy..now baru ada masa sebab mc seminggu. lol

okla..ada masa nak update pasal wedding. even da 6 bulan berlalu. sebab masih terima email asking about wedding preps :)

How's my life so far?
Syukur ya Allah..it has been great :D

p/s: teringat gmbr ni yg candid by my fren..masa ni si dia duduk n bisik "you are very beautiful, syg". i never forget those words and u still saying that, every day.. :D

Wednesday, February 13, 2013

Vacancy for HR & CSC position in Shell


We are seeking to recruit Human Resource Professionals and Customer Service Professionals to fill various vacancies within the HRV and CSC divisions.

Requirements:
HR Services

 Must have a Bachelor’s degree in Human Resource, Business Administration, Management, or an equivalent academic discipline, with between 1 to 2 years of work experience in Human Resource

 We also encourage you to apply if you have a Diploma in Human Resource, Business Administration, Management, or an equivalent academic discipline, but you must have no less than 2 years of relevant Human Resource work experience

 Has good communication and interpersonal skills

 A results oriented individual, who is fast paced, resourceful and proactive

 Ability to speak, read & write Arabic/Thai/Mandarin/Cantonese would be an added advantage. We have roles that would require the incumbent to liaise with stakeholders in China, Hong Kong, Thailand & Middle East

 Candidates must be flexible & willing to work on shift (for selected roles)



Customer Service Centre
 Must have a Bachelor’s degree in any academic discipline, with between 1 to 2 years of work experience in call centre.

 We also encourage you to apply if you have a Diploma in any academic discipline, but you must have no less than 2 years of relevant call centre work experience

 Has good communication and interpersonal skills

 A results oriented individual, who is fast paced, resourceful and proactive

 Ability to speak, read & write Bahasa Indonesia/Mandarin/Cantonese would be an added advantage. We have roles that would require the incumbent to liaise with stakeholders in China, Hong Kong & Indonesia

 Candidates must be flexible & willing to work on alternate Saturdays (for selected roles)



ACT NOW if you are a suitable candidate. Please submit your applications at the SBSC Career Site and state SITI NUR' RAHMAH BTE MUHAB SHAH as a referrer in your online application forms:

http://www.shell.com.my/aboutshell/careers-tpkg/shell-business-service-centre/app-jobs-shell-business-service-ctr-kl.html



Positions to Apply For:

HR Services - A34188 HR Services

Customer Service Centre - A34189 Customer Service Centre



Closing Date: 22 February 2013



Interview (by invitation only) will take place in Wisma Shell, Cyberjaya on the following dates:



HRV: 7 & 8 March 2013

CSC: 8 March 2013



Friday, February 8, 2013

Jagalah Diri

I think this is the best song that describes my feeling now..
Every words...and the melody..it touched my heart..
Conclude what I want to say that cannot be spoken



20 days since he left us..




Jagalah Diri – Jaclyn Victor

Mata kau berhentilah menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana kau takkan kembali

Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa
Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya
Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertaut ke nafas terakhir


Al-Fatihah... semoga kami bertemu di syurga. Ameen.