Orkid Says:

You can start anywhere and do anything with a good attitude and willingness to learn

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Saturday, February 2, 2013

Review D&C di Annur Bangi


Alhamdulillah sudah genap 10 hari selepas D&C atau orang melayu panggil "cuci rahim".
Marilah kita flashback kronologi peristiwa ni.

1. Lepas Dr. Khamsiah confirmkan yang kandungan memang tak selamat, kami terus book utk D&C di Annur Bangi. Kami diberi dokumen2 utk admit OT and hospital. Operation dijadualkan at 730am. So kena ada kat hospital by 6.30am

2. Menanti saat utk D&C sangat memeritkan. After stop makan duphaston. Bleeding makin bertambah, dengan cramp yang dahsyat. Bayangkan menahan sakit dari Jumaat sampai Rabu.. Before u ask anything, i cant take painkiller, so kena tahan sakit. Tapi entah, rasa indah je sakit tu. Membayangkan sdg contraction (i know it way lagi sakit)


Ni muka mengantuk pagi2 di Hospital Pakar Annur. I was excited coz nak cepat2 sihat. Bagus jugak buat lambat sebab ketika ni emosi dah sangat2 stabil

3. Kami menunggu dalam wad. Tukar baju yang patut. Oh lupa, kena berpuasa dari 12 malam sebelum tu dan makan ubat untuk buka rahim. My last meal was at Miyagi hehe. Just in case la kalau2 jadi apa2 hahaa.



Prosedur untuk ibu-ibu yang bersalin di Annur.

Ni bila dah tukar baju sakit. First time wooo sume ni hahaa


Tak sakit pun cewah hahaa



Kami tempah single room. Tak kesah sangatla kos dia sebab GL haha.

4. Lepas tu, nurse bawak masuk ke OT. Doc bius cakap saya akan tidur, bila bangun je semua dah siap. Dr. Khamsiah pun datang dan terus dibius.

5. Bangun2 je terdengar orang bercakap2. Owhh dah siap dah. Dalam 30mins je kot tak silap. Rasa "vibrate" satu badan. Then Dr. Kham datang tanya if sakit. Nope. Alhamdulillah tak rasa sakit. Much much better than before. tapi dah start rasa pening dan rasa nak muntah

6. Dr. cakap kena stay 1 day sebab bleeding banyak. Ok je stay. Bilik pun best. Tak pernah tido hospital. haha. Nurse cek every 30mins pendarahan n blood pressure. Afta 4 hours baru boleh makan. Alhamdulillah semua ok. I was supposed to take painkiller tp xdela kan. But it was ok, sebab tak sakit sangat.

Malam tu family datang. Diorang bawak album dan video masa kitorang kawen haritu. Sebab baru je siap. I just married for 2 month remember? haha. That night was full with laugh n love. I feel blessed :)
Yang bestnya masa melawat dari 9am-11pm and sangat rasa close n kecik so rasa sangat privacy. Famili siap duduk bawah  bukak surat khabar makan sate. haha







Ni gambar after operation n masa nak discharge.

My review for Annur

Good:
1. Nurse sangat sopan santun, baik, caring
2. Faciliti bagus
3. Doc pakar yang bagus (Dr. Khamsiah)
4. Setiap masa dialunkan bacaan al quran. Rasa sangat tenang

Improvement
1. Lack of communication between nurse yang tukar shift. I need to explain byk kali that i have allergies on medicines
2. Jumpa doc sangat kejap. Tak sampai 5 minit kot. haha. ke memang mcm tu?

Ohh lagi satu sebenarnya masih "terasa hati" dengan Annur. Sebab i got emergency n reference letter from doc because of my bleeding..bila nak jumpa doc pakar O&G on Saturday dia tolak mentah2 sebab appointment full. Xde sistem/kelonggaran utk case mcm ni? Esp dapat reference letter dari Hospital Annur sendiri. Hmmm..Xpelah..dah lepas.

Overall, good review la. Maybe can consider to give birth here. Tapi utk checkup masih torn..coz tunggu sampai 3 jam tapi bila dapat jumpa doc dlm 5minit je..sbb 1st pregnancy, I want more detailed explanation.. or ke mmg camtu? haha.

Owh lupa..total semua rm2400++. Terkejut wehhh. haha. Nasib ada GL :P

Untuk pengalaman my miscarriage boleh refer here and here

Tuesday, January 29, 2013

Review 7: Mini Pelamin & Bilik Pengantin


Kali ni nak review pasal mini pelamin/pelamin nikah.
I want something simple. Suci...romantik..gitu. and paling penting dangling flowers n crystal

So I sent some pics to my awesome bridal - Rafie.



This is the output. Cantikkan? For me at least. hahaha. Ok.. saya mengimpikan masa nikah i sit there dikelilingi dayang2 aka bridesmaid kat bawah and mama n my sister duduk sebelah.

tetapi...





penat je upah pelamin cantik2 hahahaa.
ok. masa tu maybe salah saya gak la coz siap mekap lambat. mekap x sampai 30min u volsssss. haaaa. hahaa. dah x nervous nak nikah dah masa tu. just nervous siap ke tak mekap tu.

bila2 keluar tu...imam suruh duduk sebelah my hubby. haaa??
masa tu hanyalah REDHA hahaha

bila ingat2 balik sangat kelakar ye rasanya.
n my bridesmaid "stuck" kat pelamin tu. makanya saya sorang saja di situ. hoho

ok..next pasal bilik pengantin

tirai and bunga2 tu from Rafie.
My inspiration utk bilik ni ikut kepala sendiri.
I want simple, romantic n ala2 english

puas carik side table yang berkenan. Akhirnya jumpa yang berkenan di Romantika Angsana.
Then lampu meja n orchid from there too.

cadar n comforter tu i recycle balik dari masa tunang. sebab puas carik set cadar pengantin, takde yang berkenan di hati, semua berkilat2, berlabuci..mahal sangat pulak tu.

i bought masa sale kat Parkson.
katil tu katil lama..i asked my dad to paint it white.





owh...karpet tu from jakel n ada chandelier sgt cantik hehe..
shopping barang dlm bilik ni n setup sume was done 2 days before event. haha.

totally i am satisfied with my pelamin n bilik pengantin. simple n memorable :)

anyway siapa2 yang berminat nak hire my wedding bridal:

Contact him for quotation
Rafie Mahmood 0123035363
FB: Search Prettyphannatiq Weddings & Events
Or u can visit his bridal studio at:
M-Suites Hotel,
Straits View, Jln Skudai,
Johor Bahru

Saturday, January 26, 2013

My Awesome Bridesmaid

Tak lengkaplah majlis perkahwinan tanpa bridesmaid kan? Bridesmaid ni typically kawan2 rapat kita.
To be honest, dlm banyak2 preparation, pasal bridesmaid la i plan paling first hehe.

so my beautiful gorjes brides ni terbahagi kepada 2
satu group untuk reception
satu untuk nikah

ni antara gambar2 bridesmaid masa reception.




untuk reception i beli 5 dress. i reli love the dress. tak ingat dah beli kat mana. its online.
so my dear bridesmaid ni sangat bekerja keras ye masa reception.
drama sangat before reception. berarak at 1.30 and at 1pm MUA baru sampai.
Can u believe it? haha
so diorang ni laaa yang menenangkan hati buat lawak bodoh dalam bilik.
Diorang la berkejar2 iron baju sebab baru perasan kedut2 sikit sebab simpan dalam almari.
haha.
sungguh kelakar.
ohhhh n those veil! yang meleret2 hahaa.

syuhada is my besfren from darjah 4. Dia n one more fren, shidah slept at my place after nikah. Cant think i can do this without them. Dialah yang tolong macam2 after nikah, setup dewan dengan pengantin tengah2 malam n setup dewan lagi pagi2 tu. Will never forget your jasa my bff!!

Ok move  to part nikah. Untuk nikah ni ramai sikit bridesmaid. sebab konon2 sorang untuk satu dulang.
i just bought the fabric and the shawl and ask them to tempah sendiri.

bridesmaid ikut instruction duduk keliling pelamin. malangnya tak duduk pun kat pelamin masa nikah. ceh! membazir! hhaha, sebab imam suruh duduk sebelah2. senang gamaknya.

jadinya i duduklah sorang2 di keliling lelaki2 tanpa sorang pun bridesmaid! haha. i've been thinking sepanjang nikah nak pegang tangan someone. takpelah :P

ni plak dulang guys


owh...this is minah kepoh haha. my fav cousin! dia dari kecik memang adore me hahaha. muka pun sebijik mcm i masa kecik. sepanjang2 prep kawen, nikah, sanding dia selalu melekat. dengan mulut mcm makcik komen itu ini hahaha. i miss her so much!!


owh my other bff..tirah. dia memang tulang belakang la! teringat dari dulu selalu berangan pasal inspiration kawen with her. she came one day b4 my big day. so memang dia tolong sangat banyaaaakkkk mende! She is heaven sent! tq sgt sgt dear for everything...the bachelorette party..the video! the help...semua la!

owhhhh xlupa jugak bridesmaid lain yg sangat byk tolong masa wedding..tolong setup video, bagi2 doorgift, cakes, ada jadi emcee, jadi floor manager, usher, singer mcm2 lah! cannot do anything without them

cantik kan? hehee.


i miss my girls!

Thursday, January 24, 2013

Review 6: Kek Kahwin


Baru keluar ward hari ni. I feel good. Alhamdulillah :)

Cantik kan? haha puji kek sendiri. Tapi seriously i love this cake from tak lain tak bukan kak leen from loyang kuih :)


Go to her blog to see her awesome creation!


TQ Kak leen for realizing my dream. i love my cake to bits. heee.

i also ordered cupcakes, hantaran cakes for both sides, rv in jar with her.

Thursday, January 10, 2013

Review 5: Solemnization Dress


Heloooo ok now its time to review my solemnization dress. I wanted a dress yang simple.. no veil. patch lace je n we decided not to wear white. 

untuk this important event, I chose Jezmine Zaidan from Old Blossom Box. I know her since 2007. Been a loyal customer until now. hehe. 

Sangat senang dengan jezmine. bagitawu je nak apa then dia lukis there n then. Baju ni ditempah x sampai 2 bulan before majlis pun. 

I told her that I want peplum yang labuh dgn one side je lace kat bawah bust n ada long veil kat belakang. nak kelainan sikit sebab masa tunang hari tu dah pakai veil kat kepala. 

Untuk tudung she made 2metre shawl n she made me lace yg dah siap beading sume just tinggal pin kan je.

i reli love this dress. simple n sweet je. ohhh n ada train sikit kat kain. 


 Harga dengan Jezmine sangat2 reasonable considering she is a very famous designer.
I was sooo hepi with dress sbb nmpak kurus yeee hahahaa.

TQ Jezmine for being a great dress maker for my most important event in life n being a good fren also! hehe.

For those yang berminat nak buat baju kahwin dgn dia, sadly dia open order only in April sbb banyak sgt tempahan. You can go to her boutique at Seksyen 7 or Seksyen 13 Shah Alam.

All her collections are to die for :)



Monday, December 31, 2012

Review 4: Reception Dress

Holaaa...
Ok..slow sikit buat review. haha. Sedang busy adapting life as mom to be. gituhhh.
Anyway, let me tell u about my reception dress. Mula2 impiannya nak pakai baju ala2 grace kelly.
Kemudian bila bincang2 dgn designer, mmg boleh tapi x nampak cantik lace dia coz im covered. N n n of coz lagila mahal material dia sbb akan guna full lace.

I have surveyed byk designers...then based on good reviews n price yg reasonable, I chose NAJIB SALMAN. If wedding blogger sure dah kenal or pernah come across this name kan. Ok proses dia i book him and pay depo sikit.

Then dalam 3 bulan before my wedding, we had our first meeting. Just utk chit chat and utk dia tawu my personality. I am an easy bride kot. coz everything i have made up my mind. I know the color i want and design apa yg i suka. so i just tell him i want lilac, english dress, princess cut n guna patch lace.

Then 2nd appointment pulak we went to his house studio. Dia tunjukkan 3 designs. OMG. He is so talented ok! Rasa macam torn in between. haha. semua cantik2.

3rd appointment kat Jakel. See...yang seronok ni we can ask him about anything n he even accompany us to choose fabric. Masa tu la rasa mcm duit mengalir begitu sahaja..sbb tak pernah beli kain mahal kan haha. Tapi sebab nak lawa punya pasal...tutup mata laa. This is the service yg

Ohhh i also asked for 3M veil. bila lagi kan nak pakai veil panjang2 hehee. feeling2 princess sikit :P


Alhamdulillah. I reli happy with the outcome. Najib sgt professional, on time. Sebab i mmg sgt pentingkan masa.. hehe. sistem dia pun sgt teratur. i memang recommend sgt to all brides n groom to be yang nak rasa designer touch.



I am wishing him all the best in his career. He can go far believe me. And cepat2 grab him before dia jadi lagi glamer dr sekarang hehe.

Wednesday, December 5, 2012

Review 3: Khemah Transparent

Bagi siapa2 yang follow blog ni..mmg tawu khemah tranparent and garden setting mmg my dream.
Sampai terbawak2 ke mimpi. haha. over sangatt.

Then discuss dgn tunang (now dah ex)...its one in a life time event. Event sgtlahhhh meruntun poket, tp we should work towards it. haha!
makanya sbb tu gigih kerja bisnes sgale.

ok...mencarik vendor pilihan di jb juga satu cabaran. tak banyak lagi di johor bahru. Kat KL ni banyaklahhh makanya harga lagi2 pricey dari harga KL.

carik2 dan mencarik adalah jumpa 2-3 vendor. Then research2 Madetill JB ni pilihan hati. Professional, ada pejabat n customer service bagus.

Tema malam nikah: Dine Under the Stars

Banyak sgt dapat soalan pasal khemah ni. Ramai la puji tapi tak kurang la ada yang bergurau. Panaslah...kene tutup pakai surat khabar lah..apelahhh.. haha. Yang comel semua sedara duduk depan khemah mcm tgk show sbb tgk lampu "air terjun" tu. hihi.

N of coz garden chairs...love it to max! heee

Alhamdulillah. Selesai setting memang rasa macam magical night sangat. Dengan fairy light lagi..langit lagi. Rasa terawang2...Ohhh we even use the canopy utk majlis khatam.

Mula2 jadi isu sangat akan panas etc...tapi sangat bersyukur tepat2 masa majlis khatam mmg redup dipayung awan. Syukur....semua decide duduk bawah khemah tu. It was a very beautiful event. Syukur.

Lepas diorang balik je terus panas sepanas2nya. Ptg tu hujan...syukur sgt..membuatkan majlis nikah malam tu sejuk dan langit cantik. It was magical :)





Malam tu jugak DJ pasang lagu2 romantik pilihan sy. hehe.
Untuk tempahan or tgk lagi produk2 madetill yg awesome boleh ke facebook diorang.

Kak Siti sangat baik orangnya :)

Tuesday, December 4, 2012

Review 2: Guestbook/Photobooth Corner


Inilah simple guestbook cum photobooth corner.
Ini adalah hasil gigih penantin angkut segala brg2 ni hahaa.
Pagi2 tu sempatlah sy angkat2 brg dgn my famili n final setup.
Tertinggal photobooth props dekat rumah, so pass la kat sepupu masa tengah mekap. mmg tidak sampailah props tu kat corner ni. Entah di mana hilangnya props tu jadi misteri hahaa.
Cadangnya nak pinjam polaroid from my BFF but biasalah terlupa nak pesan. LOL.

Ok jom review item sini:
Easel: from friend
Poster, guestbook n frame printables: From Snaf stuffs
Beg n jukebox vintage: from rafie
meja: from my house
bidai/divider: Bought at romantika
Photobooth props: from Sugar Town

DIY je untuk menepati citarasa.


Wednesday, November 28, 2012

Review 1: Pelamin & deco dewan



Hello semua,
Now i dah jadi Puan Orkid hehe.

Ramai yang tanya macam mana kehidupan lepas kahwin...hahaha (gelak nakal). Masih honeymoon phase kan. Semua indah belaka. Gituuu

Ok...seperti dijanjikan kita start la review secara sedikit2. OK. First review yang i pilih ialah vendor deco. Sebab ramai gila tanya pasal pelamin and deco dewan. hihi.

Alhamdulillah rasa syukur sangat sebab pilih bridal ni. Selepas drama tiba2 bridal "melarikan diri"...rupa2nya ada hikmah yang sangat besar. Vendor pilihan ialah Rafie Mahmood. He based in Johor Bahru. Rafie ni jenis yang kita tak payah nak follow up sangat. Macam deco dewan after i nikah tup tup wahhh siap n perfect! hehee.

Personally working with him is a very pleasant experience. Punctual. Listen to ideas n peramah.
Ohhh did i tell u he even made my bertandang dress? ok tunggu review nanti ye hihi

So bride to be Johor Bahru, go and meet him and tell about your dream wedding ye! hehe
My theme: Rustic Orchid Garden





see the orchid? hihi. love it to bits. sorry gambar sgt low quality sbb transfer dr phone.

i memang personally tak suka pelamin yang ada panel2 tu. so i tunjuk rafie few pics inspiration. n cakap dgn dia nak banyak2 orchid! hehee. kalau perasan celah2 tu penuh orchid. mmg jatuh cinta dgn pelamin sendiri. haha.



Centrepiece. Table signage tu doa pengantin. tu pengantin gigih buat sendiri. nanti i review ok!
walkway..


overall, memang rafie did a very good job. He turned dull dewan badminton to beautiful garden (at least for me la haha)
Contact him for quotation
Rafie Mahmood 0123035363
FB: Search Prettyphannatiq Weddings & Events
Or u can visit his bridal at:
M-Suites Hotel,
Straits View, Jln Skudai,
Johor Bahru


Dont forget to mention my name!